Tuesday, February 10, 2026

KE TAWAKAL KPJ SEKEJAP

Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan aku hilang dari radar dari jumaat sampai semalam. Tak teringat nak bercerita lebih awal dekat blog ni, segan pun ia asik nak cerita pasal dugaan yang tak seberapa je kan. Jummat lepas aku buat AV Fistula creation (Pembedahan sambungan arteri dan vena untuk pematangan urat). Tujuannya bila vena membesar dan kuat lepas beberapa minggu barulah fistula baru akan dibuat atau boleh digunakan untuk buat hd. 

Mulanya aku ingat kejap jelah prosedur ini, tapi bila hari kejadian tu masuk bilik bedah, ada ramai doktor dan jururawat dalam bilik tu jadi debar jugak. Pembedahan itu cuma 1 jam setengah je tapi memang debar jugak. Masa tu doktor cuma bius di tangan yang je, jadi kita memng dalam keadaan sedar. Sakit masa dia nak cucuk ubat bius tu je, dan rasa la sikit-sikit bila dia gunakan laser untuk potong saraf tu. Aku masuk bilik bedah pukul 9 pagi pukul 10 lebih keluar bilik bedah. Tunggu Edy ambil pukul 2 lebih. 



lepas dah siap tu

Sejuk dalam bilik tu

Budak ni ambil nak balik dah


hari sabtu masa nak tukar plaster


Dah makin ok lukanya

2 comments:

  1. aduhai....semoga dipermudahkan urusan pasang fistula tu ye Dana...besar jugak torehannya tu...

    ReplyDelete
  2. Take care Dana. Moga dipermudah kan semua urusan nya. Hugs.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...