Thursday, January 22, 2026

PHOTO DIARY # 03/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa santai je ke pejabat sebab boss aku cuti rehat hehehehe. Kalau tidak tak sempat aku letak beg dia dah panggil menghadap. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Dah habis dah kordial mulberi yang aku buat... mana la nak jumpa orang jual buah mulberi kat sini

Dah jemu bekal cucur kita tukar roti dengan mentega dan gula pulak

Aku takde sekodeng sesiapa pun... tapi itulah kene ketumbit pulak

Panaskan roti prata inti kentang yang emak bekalkan aritu... sedapnya

Semalam Edy cuti jadi dia la yang ambil Aiyan balik sekolah, suka lah dia dapat makan kat kedai mamak

Menu lunch mama nya semalam ubi rebus sambal hijau

nama dia claire matin rose

hari selasa lepas hd aku ke sekolah Aiyan untuk ambil duit bantuan, suka la dia dapat balik awal

Bukan cuma ubi kayu, manggis dan jagung tapi pulasan pun aku beli kat tiktok 

elok buahnya

biasanya pukul 8 pagi dia akan panggil dulu, kalau tak panggil dia akan duduk depan aku tanya pasal kerja

entah apa yang dia suka kat kasut lama atoknya tu... penuh bulu dah tu

Tuesday, January 20, 2026

BUAH KUNDANG

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas terjumpa buah kundang kat pasaraya Giant, 1 pek ni RM16.90 jadi aku beli lah 1. Saja nak buat rasa-rasa dalam tu adalah dalam 12 biji hehehhe. Aku bukan peminat kundang, kalau ada kot teringin beli la sekali.



manis

Monday, January 19, 2026

HAPPY BIRTHDAY MY PAPABEAR KE-45

 Assalamualaikum semua,

Semalam 18 Januari 2026 genapla suami ku 45 tahun. Beberapa tahun lepas pernah aku terlupa tarikh hari jadi laki ku. Teruk betul kan, sampai boleh terlupa biasa orang kata perempuan ingat tarikh-tarikh penting. Ajak ke Secret Recipe je mudah, makanan sedap kek pun sedap. Orang yang paling suka tentulah budak pakai cermin mata tu. 

Edy bukan reti nak senyum pun, budak SR nak bukak lagu pun dia takmo




Ini menu aku

ini Aiyan punya

ini pun Aiyan punya

Edy nak ini je

Friday, January 16, 2026

RESEPI SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita bulan lepas masa tu entahla dok melayan live dekat tiktok ternampak orang kongsi pasal barang basah. Terbeli lah barang basah siap siang pastu tengok ada siput sedut siap siang RM29 tak silap. Beli lah sipu sedut ni, pastu petang tu sampai terus la kita masak lemak cili api.

Bahan-bahan: 

900g siput sedut

2 batang serai ketuk

10 biji cili api kisar

2 inci kunyit, kisar

2  ulas bawang putih kisar

2 kotak kecil santan

garam

asam keping

air secukupnya

Cara masak:

- Masukkan bahan kisar dalam periuk tambah air 1 cawan, masakkan bumbu nya ni untuk 10 minit gitu

- Bila dah masak bumbunya tu, masukkan santan lepas tu masukkan siput sedut.

- Masak dengan api perlahan untuk 10-15 minit, akhir tambah asam keping 1 dan garam. Bila dah mendidih tu masak la. 

* Boleh je nak tambah kot daun kaduk ke batang keladi ke tapi memang takde jadi tak boh apa.









Thursday, January 15, 2026

PHOTO DIARY #02/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi awal aku tertidur, mengantuk sangat sampaikan tak sedar hujan lebat rupanya. Bila keluar dari tempat hd baru perasan hujan lebat basah jalan dan siap banyak air bertakung. Jom layan cerita bergambar ya.

Dah lama tak bergambar kat cermin ajaib ni kan

mereka-mereka tengah bercerita pasal cuti... cuti raya, cuti hari wilayah 

Patutla pagi tadi sejuk lain macam rupanya hujan lebat

Tinggal kami 2 orang je setiausaha lama kat JUPEM ni yang lain semua setiausaha baru

Air kordial mulberi yang aku buat sendiri

pemandangan mendamaikan setiap pagi selasa, khamis dan sabtu

Pokok ulam raja yang masih belum berbunga, tapi aku petik lepas 2 hari dia akan keluar pucuk baru

bunga harum sundal malam untuk hiasan meja minggu ini

budak manja, suka jilat tangan acik Aiyan

kejadian sabtu pagi masa nak pi hd, entahla tak tau nak cakap apa... belah kiri tu selipar Edy hahahha

Wednesday, January 14, 2026

WW AKU 20 TAHUN DULU

 Assalamualaikum semua,

Terjumpa gambar kat album lama.

masa ni aku kerja kat UTM Skudai


makcik mana lah ni kan

kadang rasa yang tua 20 tahun ini lebih elok



Tuesday, January 13, 2026

CARI KAIN BAJU MELAYU

 Assalamualaikum semua,

Ahad lepas baru berkesempatan cari kain baju melayu Aiyan dan Edy kat Nagoya. Tahun lepas tak sempat nak jahit baju raya, beli kat kedai je sudahnya sempit la, cawat pendek la dan macam-macam. Kita minta mak mentua jahitkan. Sudah semestinya cantik. Baju raya aku beli yang dah siap je, mudah hehehhe




mama yang salah ambil gambar ni... sebab nampak sangat dagu berlapis hahahha

Monday, January 12, 2026

KELUARGA MAKTEK KENE SAKIT MATA

 Assalamualaikum semua,

Aku pernah cerita kan yang sepatutnya keluarga maktek balik kampung minggu krismas  cuti sekolah tu. Tapi sebab mereka kene sakit mata itu yang tak dapat ke mana-mana. Puncanya pada 19 disember tu si adik tiba-tiba kene sakit mata. Ingatkan sakit mata biasa tapi masuk hari kedua dah bengkak sampai tak boleh nak bukak mata. Pukul 12 tengah malam bawak ke Hospital Tengku Azizah (HTA) Kuala Lumpur. Doktor suruh untuk datang ke HTA setiap hari untuk cuci matanya. Tak boleh buat sendiri kat rumah kene doktor dan jururawat di HTA yang buat. 

Lepas tu 30 disember tu jangkit kat kakaknya pulak, hari ke 2 tu dah teruk, ke HTA juga untuk cuci mata. Masuk hari ke3 dah semakin teruk jadi maktek minta untuk masuk ke ward, sebab kene cuci hari-hari dan mata si kakak dah teruk tapi adik pulak dah makin sembuh. Jadi si adik duduk la kat rumah dengan ayah si kakak duduk ward dengan ibunya. Aku masa tu kalau masak lebih hantar rumah adik. Hantar tu pun sangkut kat grill je tak boleh nak masuk rumah sebab sakit mata ni berjangkit. 

Dalam masa yang sama 4 januari tu maktek pulak berjangkit sakit mata, suaminya pun kene jugak tapi tak teruk. Sudahnya dari 5 januari maktek dan suaminya dapat mc selama 8 hari. Kira macam kuarantin la tu. Sekarang si kakak masih lagi dapat mc untuk cuci mata di HTA sampai rabu ini. Memang lama betul kes sakit mata mereka ni. Mujur nanti ada cuti Hari Wilayah dapat la balik kampung kejap.





tak boleh kene cahaya sakit kat mata tu, duduk ward dapat bilik seorang 

Mujur la adik ok dengan ayahnya kat rumah berdua


Dia dah sihat tinggal kakak nya pula


masa yang teruk tu, sekarang alhamdulillah dah ok