Assalamualaikum semua,
Dari minggu lepas aku nak kongsikan resepi ini tapi minggu lepas sibuk sampai tak sempat buat entri. Kali ini percubaan aku buat sos bolognise sendiri, yelah selalu guna yang dalam tin je kan mudah. Tapi ini kebetulan masa tu ada banyak buah tomato kat rumah, jadi kita pun cuba lah masak sos bolognise homemade. Nasibla jadi sedap macam yang dalam tin tu. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
10 biji tomato ( potong sikit di hujung pastu rebus)
1 batang lobak merah -rebus
5-6 ulas bawang putih, cincang
1 biji bawang holland, potong dadu
2 sudu besar planta atau butter
1 kiub ayam
Mix herbs
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 tin sedang tomato puree
Air 2-3 cawan ikut pada pekat mana yang kita mahu
Bebola daging
Sosej
Gula & Garam
1 Biji cili api
Cara Masak:
- Tumiskan dengan planta dan sedikit minyak bawang merah, bawang putih hingga layu dan bertukar warna kekuningan.
- Boleh masukkan mix herbs dan serbuk lada hitam.
- Tomato rebus tadi, kita buang kulit luar dia, tambah lobak dan kisar dengan air tambahkan 2 -3 ulas bawang putih dan 1 biji cili api bangla.
- Masukkan tomato yang telah kita kisar dan tomato puree, tambahkan 2 cawan air.
- Biarkan kuah masak untuk 10-15 minit masukkan sosej dan bebola daging masak untuk 10 minit lagi biar bebola betul-betul masak.
- Masukkan kiub ayam atau kiub daging. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.
- Masak biar pekat sikit boleh matikan api. Siap
![]() |
masa ni warna nampak oren je kan |
![]() |
lepas masukkan tomato puree baru nampak merah gitu |
simple je sebenarnya pun kannn...
ReplyDeleteya betul tu kak... patut la kalau tengok omputih suka buat sendiri sos bolognise ngn tomato yg ditanam sendiri
Deletesaya peminat bolognese tapi 2 orang dalam rumah ni tak suka,asyik nak carbonara je..aisshh geram betul
ReplyDeletesama lah kak, kat rumah tu si hero tak suka bolognise... masam katanya
DeleteSedapnya Dana. Bolognese memang favorite kami.
ReplyDeleteItulah kak,mudah jugak kan... tapai kalau kat rumah dana si hero tu tak berapa suka
Deletewaduhhhh sedapnyaaaa bolognese!
ReplyDeletesedap , tapi anak akak lak tak suka yg ni
Deletewow Dana , tq share home cooked sauce bolognese nampak pun sedap
ReplyDeletesama2 kak... cuba tau
DeleteSedap yaaaa , 😘. Banyak daging dan sosis dia 😍😍. Selama ini juga saya buat bolognese pakai yg sudah jadi kak. Tinggal tambah daging. Sesekali nak juga buat sendiri lah
ReplyDeletecuba jangan tak cuba tau nnti
DeleteDania suka ni Dana.....mesti bertambah-tambah dia.
ReplyDelete