Friday, January 3, 2025

RESEPI KEREPEK ARROWHEAD @NGAKU

 Assalamualaikum semua,

Biasanya bila akhir tahun nak sampai CNY mesti ubi ini muncul. Tahun lepas aku malas betul nak buat kerepek, tapi tahun ini rajin pulak. Ahad aritu nampak dekat Pasaraya Giant nampak elok besar-besar aku pun beli sekilo lebih. Lepas tu sampai rumah dah siap kupas semua rasa macam sikit lak, kirim suruh Edy beli lagi sekilo lebih. Buat kerepeknya bercinta lama nak habiskan sekejapan aje. Suka rasa dia yang lemak manis tu. 

Tengok dekat balang tu nampak macam dah tinggal sikit, kalau rajin kita buat lagi lah minggu ni. Selalunya selagi belum CNY dia harga akan makin murah makin murah. Jom la cuba ye kawan-kawan.

Bahan-bahan:

Ubi ngaku (bersihkan kulitnya)

air garam

bawang putih

minyak untuk menggoreng

Cara masak:

- Bersihkan ubi ngaku, aku biasa kupas kulit luarnya dan akar saluran bawah dia. Pucuk atas dia tu selalu aku tak buang mudah nak pegang untuk sagat.

- Lepas bersihkan, rendam dalam air yang banyak letak garam sikit, supaya ngaku tak lebam.

- Sediakan bawang putih 3 ulas, ketuk kasar campur garam dan tambah air untuk jadikan air garam.

- Panaskan minyak banyak, bila dah panas gunakan api sedang untuk goreng ngaku.

- Aku biasa sagat atas minyak panas terus, tapi kalau nak sagat kat tempat lain pun boleh jugak.

- Air garam masukkan sebelum ngaku tu nampak kering, letak sikit je setengah atau suku sudu je.



Lepas dah buang kulit dan lepas rendam air garam

ini air garam bawang putih jangan boh banyak buat rasa je

tak boleh letak banyak macam kerepek pisang, lepas masukkan kene kacau jugak biar tak melekat

siap

bagi kawan sikit

bawak pi pejabat gak sikit

10 comments:

  1. Suka juga buat kerepek ngaku ni bila musim raya cina.

    ReplyDelete
  2. First time tengok ubi ngaku ni, sedapnya kerepek Dana ni.

    ReplyDelete
  3. sedap tu bila dh kunyah ralit...lama tk beli nk buat kerepek

    ReplyDelete
  4. Pernah sekali buat dulu n memang sedap..tapi tak suka tang nak menyagat tu hihi...
    Nanti kalau terbuat kena ikut cara Dana letak air garam+garlic tu...mesti lagi sedap...

    ReplyDelete
  5. Untunglah kawan Dana dapat kerepek ngaku sedap lemak-lemak ni. Sebab nak buat leceh, kecik-kecik ubinya. Sekali jelah akak pernah buat dulu, tak pernah buat lagi 😄

    Kot datang seru nak buat lagi, nak ikutlah cara Dana - letak bawang putih pada air garam.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi buat kerepek ngaku ni

    ReplyDelete
  7. waahhhhh sedap ni kerepek ngaku!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...