Assalamualaikum semua,
Ini resepi antara yang paling mudah ringkas tapi sedap. Antara lauk kegamaran kita ya. Jom tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam,goreng dengan bawang putih, halia dan kunyit
1/2 kotak kecil santan
2 batang serai
3 sekawan
2 biji bawang merah besar, hiris
5 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Kicap secukupnya
1 keping asam keping
Cara masak:
- Tumiskan 3 sekawan dan serai hingga naik bau, masukkan bawang putih, merah dan halia. Masak hingga layu.
- Masukkan serbuk lada hitam dan asam keping, masukkan kicap.
- Masukkan ayam goreng dan santan, gaul semua biar sebati, biarkan untuk 5 ke 10 minit supaya masak. Boleh masukkan garam kalau mahu.
tk pernh lg masak menu ayam kicap ltk santan...menarik juga
ReplyDeletemak memang dari dulu masak boh santan kita ikut je caranya.
DeleteSaya tak pernah letak santan dalam masakan kicap tapi pernah baca resipi orang Jawa dulu-dulu memang letak santan dalam masakan semur terutama waktu hari raya.
ReplyDeleteCuba lah kak, rasa lemak dia tu sedap tau.
DeleteSedapnya Dana, first time tengok letak santan. Mesti sedap. Boleh try ni.
ReplyDeleteemak buat cara gitu kita ikut je kak
Deletesedapnya lain cara masak kicap
ReplyDeletedana suka masak cara emak ada lemak-lemak gitu
DeleteSedapnya nampak masak kicap tu..Saya dapur dah jarang berasap..huhuhu
ReplyDeleteitulah la lama tak nampak akak kongsi resepi macam dulu-dulu
DeleteBetul la periuk kita sama...hehehe...sedap masak kicap cuma cara Dana lain...
ReplyDeleteKalau letak santan rasanya lebih creamy ke? Pestime saya nampak org share resipi ayam kicap yg ada santan. Nampak menarik utk saya cuba ni :D
ReplyDelete