Tuesday, November 12, 2024

LONGAN BRAZIL ATAU MATOA

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas, dekat kedai borong buah aunty jual buah tu suruh cuba buah matoa atau longan brazil. Sedap katanya, tapi harga keras sikit RM20 sekilo. Ahad baru ni aku pun beli la 7 biji, saja nak buat rasa. Dah makan dah rasa, aku tak suka buahnya. Dia memang ada rasa yang unik tapi bagi aku rasanya agak kering, aku lebih pilih buah mata kucing atau laici dari matoa ini. Tapi tak tau lah kalau matoa yang kulitnya warna maroon tu lain rasanya. Ada yang kata matoa ini gabungan rasa durian, mangga dan rambutan tapi entah aku tak rasa pun gitu. 

Rupa buah sebelum dan selepas di kopek


bijinya halus ada bau macam laici tapi takde rasa laici

15 comments:

  1. Kita pernah beli yg warna hitam kulitnya. Taklah suka sangat, bolehlah buat rasa lepas tu tak beli lagi dah sebab mahal. Kalau suka, mahal pun mesti beli kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana pun beli sebab teringin nk rasa kak, beli la 7 biji je buat rasa-rasa

      Delete
  2. Ini buah mata. Isinya kering. Longan / mata kucing Brazil lebih besar, isinya basah dan manis.
    Kami ada pokoknya. Jauh lebih sedap berbanding matoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry typo# matoa tereja mata.

      Delete
    2. ohhhh tak sama ye kak? kene cuba jugak la yang betul-betul longan brazil ni

      Delete
  3. Boleh tahan jugak ye harga dia. Kalau dri segi isi mmng nmpk mcm buah mata kucing. Saya curious pulak dgn dia punya rasa. Haha wonder camne rasa durian, mangga dan rambutan tu bila dicampur sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh tahan harganya, itu pun kira murah ada saya tengok di tiktok rm40 sekilo... kene cuba beli kalau jumpa tu

      Delete
  4. Akak pun x berapa suka sebab buahnyer kering x juicy...harga mahal namati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak dana pun rasa dia macam kering , tp ada kawan yang cakap sedap

      Delete
  5. Tak penah mkn lg
    Tp ada tanam jga kat kebun hari buah tak sempat rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berbuah kang jual kak, dana nk beli hahaha

      Delete
  6. Tak pernah pula makan Longan Brazil ni Dana.....err sebenarnya tak pernah jumpa juga.

    ReplyDelete
  7. Saya belum pernah coba rasa buah matoa ini Mbak.
    Jarang juga saya jumpa buah ini di pasar.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Kalo buah matoa paliiing banyak di Papua kalo di Indonesia. Krn itu saat dikirim ke jakarta hrs jadi mahal. Pas papa saya msh kerja di oil company di Papua, matoa di sana macam murah sangat. Saya kenal matoa dari sana, dibawakan papa pas balik jakarta

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...