Friday, June 30, 2023

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Assalamualikum semua,

Maaf aku terlupa nak up pasal resepi ayam percik ni, biasala bila dah cuti kat kampung mula la lupa semua. 

Oklah jom aku kongsikan cara aku masak ayam percik kelantan. Aku masak guna oven tau,sebelum ini aku pernah kongsi cara pakai magic pan. Aku guna oven nak mudah kerja, bakar je semua.

Bahan-bahan:

6 keping ayam bahagian tight dan peha, 4 ketul peha
6 biji bawang merah besar,kisar
5 ulas bawang putih,kisar
5-6 batang serai,kisar
2 sudu cili boh
1 ketul kecil, gula melaka
2 keping, asam keping
2 kotak kecil santan
Garam
Minyak

Cara masak: 
- Ambil suku bahan kisar dan campur sedikit garam, perapkan dengan ayam untuk 30 minit ke 1jam.
- Sambil kita perap tu kita masak kuah dia, lebihan bahan kisar, tambah cili boh, gula melaka dan santan masak hingga pekat. 
- Boleh tambahkan sikit air masuk asam.keping.  Garam akhir sekali bila dah pekat dan cukup rasa asingkan dalam 1 mangkuk kuah.
- Celupakan ayam dalam kuah percik dan bakar dalam oven, Tambahkan kuah percik atas ayam bakar, balik-balik kan ayam dan tambah kuah percik.
- Masak suhu 200-230 untuk sejam. Siap masak, siram kuah atasnya sebelum dihidang.

Perapkan dulu ya
Masak kuah percik
kuah dah masak kita ambil semangkuk
Celup ayam dalam kuah sebelum susun dalam oven
Susun dia jangan lupa tambah kuah percik lagi

Nampak menggoda tak

Bakar dalam oven

Wednesday, June 28, 2023

BUNGA HARUM SUNDAL MALAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah cuti rehat tapi balik kampung petang nanti baru gerak sebab Edy kerja separuh hari. Doakan perjalanan kami selamat dan lancar ye, buat kawan-kawan yang dah mula begerak balik kampung pun moga selamat semuanya ya. 

Bunga harum sundal malam ni aku beli awal bulan, dah lama aku teringin nak tanam tapi takut dengan macam-macam kisah misteri dia. Cuma bila pertama kali nampak kat nursery terus jatuh cinta dan beli sepokok. Bunga nya di katanya antara yang berbau sangat wangi, dan hanya bau wangi pada waktu malam sahaja. Aku tak dapat hidu bau nya lagi, bila siang hari tak wangi. Jom tengok rupanya.

*Maafla gambar jd terbalik, patut atas sekali gambar masa baru beli bunga tu, tapi jadi duk bawah lak.

Gambar semalam petang

Akhirnya kembang juga dia

Pertama kali nampak dia kembang pagi semalam, masa nak pergi kerja

Masa ni aku tak nampak yang tahu-tahu dah kering

Masih hijau lagi


Masa baru beli kat nursery

Tuesday, June 27, 2023

CEMPEDEDAK GORENG

 Assalamualaikum semua,

Bila musim durian hampir berakhir apa lagi mula la musim cempedak muncul. Harga sekarang tengah mahal lagi tapi kira mampu milik la. Nak beli cempedak siap goreng  sekarang mahal sangat harganya. Beli sendiri walaupun mahal tapi lebih berbaloi bagi aku. Aku akan beli cempedak kampung yang isi rapat, suruh penjual tu potong kulitnya supaya boleh sekodeng isi. 

kat pasar tani rm10 sekilo

bau dia semerbak harum

isi nya rapat-rapat jenis kampung punya tapi puas hati sebab isi banyak

puas makan

Monday, June 26, 2023

AISKRIM LA CREMERIA HAZELNUT

 Assalamualaikum semua,

Aiskrim baru yang ada dekat kedai Puspanita, La Cremeria Hazelnut. Sedap dan memang terasa kacangnya. Ini pun ada kawan belanja takkan rezeki nak di tolak kan. 

gini rupanya

kawan yang belanja tu


aiskrim nestle memang semua sedap, rasa coklat dia tu tak boleh di sangkal

Friday, June 23, 2023

RESEPI AGAR-AGAR SIRAP SANTAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini segmen kegemaran ramai, kongsi resepi mudah. Kalau aku memang resepi yang ringkas dan mudah je lah yang ada. Maklumla sejenis tak pandai masak sangat jadi yang simple je ye. Hari ini aku nak kongsi pencuci mulut paling mudah tapi sedap, agar-agar sirap bersantan.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali

1 cawan gula pasir

1 kotak kecil santan

1 sudu besar sirap ros

1 biji telur

sedikit garam

5 cawan air

2 helai daun pandan

Cara masak:

- Masukkan dalam kuali agar-agar, daun pandan yang disimpul, gula, sirap dan 5 cawan air. Masak hingga semua agar-agar larut.

- Dalam mangkuk kecil masukkan sebiji telur dan 1 kotak santan, campurkan dengan garam sedikit dan pukul sikit hingga sebati.

- Bila agar-agar dah larut semua, masukkan lah santan kita tadi, kacau-kacau biarkan dia mendidih untuk 10 minit.

- Matikan api dan tuang agar-agar ke dalam loyang untuk disejukkan. Bila dah sejuk simpan dalam peti ais baru boleh potong.

bahan-bahan utama


Sirap aku suka pekat baru harum

garam kene letak baru lagi lemak 



Bila dah rupa gini matikan api dan masukkan agar-agar dalam loyang


sedap tau makan sejuk-sejuk lak

Thursday, June 22, 2023

PHOTO DIARY #22/2023

 Assalamualaikum semua,

Udah hari khamis ye, rasa bahagia sungguh bila udah hari khamis sebab esok dah jumaat lepas tu cuti hahahha. Bila rasa penat dengan jadual harian bila hujung minggu memang dinantikan. Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar ya.

dia tak suka nak selfie ni... 

aku suka mata dia kalau waktu malam, bulat je waktu siang ni muka garang je

pelita solar yang masih setia berfungsi

menu sarapan pagi sabtu

buat popia sardin untuk kudapan kat rumah

jumpa anak ular kat parking motor, mesti kene bunuh dengan kucing

hari ahad terserempak dengan maktek kat Mr Diy , dia lalu depan aku boleh dia tak perasan dengan aku... hahahha sejenis jalan menonong je

masak pulut dengan noxxa

jual pulut pagi dengan kelapa kat kedai... 

Aiyan dan kawan baik dia kat transit

Edy sampai lambat sampai tertidur dah dia

semalam petang hujan lebat kat sini, naik air kat sini... 

selalu bawak sandwish telur, hari ini kita bekal nasi lemak je

Wednesday, June 21, 2023

WW MENU BARU

 Assalamualaikum semua,

Kedai Puspanita ada menu baru, cik Oden.

macam-macam jenis pilihan ada

antara pelanggan setia