Friday, June 23, 2023

RESEPI AGAR-AGAR SIRAP SANTAN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini segmen kegemaran ramai, kongsi resepi mudah. Kalau aku memang resepi yang ringkas dan mudah je lah yang ada. Maklumla sejenis tak pandai masak sangat jadi yang simple je ye. Hari ini aku nak kongsi pencuci mulut paling mudah tapi sedap, agar-agar sirap bersantan.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali

1 cawan gula pasir

1 kotak kecil santan

1 sudu besar sirap ros

1 biji telur

sedikit garam

5 cawan air

2 helai daun pandan

Cara masak:

- Masukkan dalam kuali agar-agar, daun pandan yang disimpul, gula, sirap dan 5 cawan air. Masak hingga semua agar-agar larut.

- Dalam mangkuk kecil masukkan sebiji telur dan 1 kotak santan, campurkan dengan garam sedikit dan pukul sikit hingga sebati.

- Bila agar-agar dah larut semua, masukkan lah santan kita tadi, kacau-kacau biarkan dia mendidih untuk 10 minit.

- Matikan api dan tuang agar-agar ke dalam loyang untuk disejukkan. Bila dah sejuk simpan dalam peti ais baru boleh potong.

bahan-bahan utama


Sirap aku suka pekat baru harum

garam kene letak baru lagi lemak 



Bila dah rupa gini matikan api dan masukkan agar-agar dalam loyang


sedap tau makan sejuk-sejuk lak

13 comments:

  1. wah sedapnya! kegemaran sy ni agar2 santan... buat pencucu mulut slps makan...

    ReplyDelete
  2. Fav saya ni, bulan puasa wajib cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni kene buat sendiri SR tu akak dh share resepi... buat ngn ayu

      Delete
  3. Ceria warna merah.
    Akak suka baca resepi, tapi itulah…tak rajin buat šŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak kot dari baca terasa nak buat... boleh cuba hhehehhe

      Delete
  4. Sedap nya makan sejuk2 esp makan time cuaca panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, skrg ni kan musim panas sedap mkn yg sejuk tu kan

      Delete
  5. Favourite Ai tau. Senang tapi rasa yang orang buat lagi sedap.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya!
    Zaman dulu warna merah jew tanpa santan. Kita panggil lengkong. Selalu jumpa di tempat kenduri-kendara.

    ReplyDelete
  7. uiii sedap ni!! baca blog dana ni cfrm rasa nak itu ini

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...