biasa jumpa yang perisa ini, perisa lain tak jumpa lagi |
ini gambar dalam nya yang terbaru... |
rupa dalam nya... tapi tak sama rasa macam yang dulu |
biasa jumpa yang perisa ini, perisa lain tak jumpa lagi |
ini gambar dalam nya yang terbaru... |
rupa dalam nya... tapi tak sama rasa macam yang dulu |
aku berkenan warna beg oren, dari jauh dah nampak... |
letak gambar kami bertiga... |
warna pink dan aku tak boleh dipisahkan |
rasa paling comel dah ini hehhehhe.... |
hari ini dah rasmikan |
blur lah pulak guna apps bagi mata biru ni heheheh |
Assalamualaikum semua,
Selamat pagi semua kawan-kawan, jangkitan covid19 di negara kita nampaknya macam dah mula dalam situasi membimbangkan bila. Banyak negeri dah mula ada kes jangkitan, moga kita semua di lindungi dan dijauhi dari terjangkit wabah berbahaya ini. Amin
Aku ni memang ada masalah agak boros, sebab tu kalau nak selamat dapat gaji je suruh Edy simpankan duit. Insyallah selamat, kalau ada dalam akaun, memang cepat je menyusut. Baru ini aku ada usha kacang gajus (cashew nut) di beberapa kedai dalam shopee. Khamis lepas aku buat pesanan 500gm kacang gajus, 250gm kacang cerdik (pistachio nut) dan 250gm kismis. Jumaat petang tu dah dapat dah semua barang tu. Sangat pantas dan kacang dalam keadaan baik semuanya.
Aku suka sebab kacangnya tak masin, sebab cuma dipanggang je, sampai jumaat malam tadi dah tinggal suku je kacang gajus tu. Memang sangat berpuas hati, siap aku dah buat pesanan lagi. Kalau korang berminat nak cuba jugak, boleh cuba juga nanti nama kedainya di bawah sekali tu ye.
sampai dalam keadaan baik, elok je semua |
dapat free gift kismis hitam |
500gm RM35+ |
besar saiznya, puas makan |
saiznya pun besar puas makan... suka |
250gm RM 15.85 |
ini kedainya di shoppe kalau korang nak cuba |
ini bahan utamanya ya |
rendamkan ayam dengan susu ya |
gaulkan dengan telur hingga sebati |
tepung dan serbuk cili |
gaulkan hingga sebati dan bersalut tepung, jangan lupa rehatkan sebentar |
gorengkan dengan api sedang, hingga masak sepenuhnya |
hingga warna keemasan coklat gini angkat lah ye |
ratah gitu je pun sedap, makan dengan mayonis dan lemon pun best |
khas untuk wak Warisan petani yang rindu dengan Aiyan hehehhe... dia punya manja, makan selalu memang mintak mama yang suapkan |
Assalamualaikum semua,
Selamat hari khamis semua kawan-kawan, semangat buat entry hari ini. Awal pagi tadi agak kelam kabut ke sana sini . Photo diary aku memang tak sah kalau takde gambar makanan ye. Kalau nak jenguk sila pastikan anda dah kenyang tau.
Jom kita layan cerita bergambar ya
maktek tolong petikkan, dapatlah `70` biji mulberi heheheh |
ini lah rupanya bila kita zoom in... |
beberapa minggu lepas Edy ada semai anak cili bangla, masa ni sebelum di pindahkan ke pasu besar |
pokok ubi kerinting nan 3 pokok |
ambil daunnya nak rebus makan dengan sambal tomato |
alhamdulillah sihat pokok bunga ros masih lagi sihat, tapi ros jepun pulak dah kurus nak kene tukar tanah dan pasu |
beli laksa asam nyonya dengan kawan pejabat... dia punya pudina sampai 3 batang |
kuah mantap pekat melekat... masam lemak gitu |
ahad lepas pindahkan anak cili |
semalam ada jamuan perpisahan pakcik kat pejabat ini nak pencen paksa 60 tahun, Tn Hj Hanisab |
dia yang belanja untuk jamuan perpisahan itu.... nasi ambil sikit je tapi penuh dengan lauk |
siap belanja aiskrim ini lagi... |
Assalamualaikum semua,
Bubur asyura memang juadah yang dinantikan setahun sekali pada terutama pada 10 muharam. Tahu kah korang bubur asyura ada 3 jenis yang berbeza? Belah selatan, pantai timur dan belah utara.
Sebelum ini aku biasa makan bubur asyura johor terutama masa disekolah atau di kampung. Rupanya dan texture seperti bubur lambuk cuma ada tambahan kekacang. Masa aku belajar di jengka, pertama kali jumpa bubur asyura pantai timur, masa tu memang aku ingat dia salah bagi ke apa sebab keras. Heheheh
Bila kerja di kuala lumpur ni pertama kali aku jumpa bubur asyura utara , pun aku pelik sebab dia pekat , macam kuih yang boleh di hiris. Masa tu baru aku tahu rupanya ada 3 jenis bubur asyura. Sepanjang 13 tahun aku kerja dan tinggal di sini, tak pernah jumpa orang buat bubur asyura johor, biasanya di jupem buat bubur asyura utara atau pantai timur. Kalau nak makan bubur asyura johor tu kene masak sendiri la jawabnya hehehe.
ini rupa bubur asyura versi johor, rindu sangat nak jumpa bubur ini kredit untuk Che Mat Gebu, pinjam gambar dari blog nya |
ini pulak bubur asyura versi pantai timur... buat secara gotong-royong di JUPEM |
ini bubur lambuk versi utara, orang di taman kami yang beri ... makan lak masih suam sedap |
tak manis sangat tapi rasa dia sedap, semua kekacang, dan campuran dia boleh dirasai |
Assalamualaikum semua,
Sekarang kan tiap malam hujan, kadang petang hujan, baju kat rumah dah penuh sebakul. Nak mudah kerja hantarlah ke dobi, balik dah kering tinggal lipat je tapi itulah nak melipat baju yang dari hari jumaat punya, bercinta.
Termelalut lari dari tajuk pulak, aku ni mula-mula memang tak setuju Edy nak jaga anak-anak bulus tu, tapi lama-lama jatuh sayang jugak dengan kerenah mereka. Cuma itulah bila dia dah berlarian satu rumah geram kadang, habislah meja manik aku tunggang terbalik di kerjakan mereka. Dahla 4 ekor dia main kejar-kejar tu kadang macam apa, bukan main ligat. Lepas tu sekarang dah pandai dok panjat sofa dan cakar sofa pulak. Kene jentik telinga pun degil, cakap elok lagi lah dia tak heran.
Baru ini cody yang biasa buat servis kat rumah kata ada promo untuk pasang penapis udara RM70 je sebulan. Jadi aku pasanglah 1 untuk membersihkan lah udara dari masalah bulu si budak bulus tu. Kalau bukak shoppee selain beli barang aku, dok lah usha mainan atau keperluan diaorang. Laki aku pun dah sibuk dok beli shampoo diaorang, ubat kutu, sikat bulu macam-macamla. Kadang aku rasa macam kene pukau hahahha.
Daftar hari selasa, hari khamis dia pasang... dahla pemasangan tu cody belanja |
kene marah mana dia herannya, habis berbulu-bulu keluar benang sofa tu... kene cakar |
mainan yang aku beli bulan lepas, dah comot sangat... ini pun dah lepas kene cuci memang ganas budak 4 ekor tu main... |
bergumpal adik beradik, lepas tu berlari-lari kadang sampai terlanggar dinding |
tempat pencakar dia, dengan mainan... semalam baru sampai |
anak patung tu beli lagi sebab yang kelabu tu dah comot sangat seekor lagi entah hilang mana |
roti telur bawang garing |
ini aku dah minum suku, pun masih banyak lagi... |
ini dah mintak kurang manis pun terasa pekat melekat |