as salam semua kwn2,
salam jumaat penuh barakah semua ye
Harap2nya korang semua sihat sejahtera hendaknya, doakan jgk aku moga bertambah sihat, batuk2 masih ada lg, lagi2 bila keje dlm opis yg ber ekon, mule lah batuk tak berhenti... cuaca sejuk skrg ni mmg betul2 alah pd aku... tak tahan nya
oklah balik pd tajuk atas tuh... nk share ngn korang masakan gulai ayam ala mil ku
Bahan2:
1 ekor ayam di potong sedang (potong 8 kot)
2 sudu besar cili boh @ cili kisar
3 biji bwg merah besar - di kisar @ blend
5 ulas bwg putih- di kisar
2 batang serai di titik
rempah 3 sekawan
3 sudu besar serbuk rempah cap rose - campur dengan air @santan
2 kotak kecil santan ( tp aku pakai 1 kotak kecik je)
1 potong gula melaka @ nisan
2 keping asam keping
2 biji terung di potong 4
2 biji tomato di potong 4
Cara Masak:
- Tumiskan 3 sekawan selepas itu masukkan cili boh , bwg merah dan bwg putih kisar tadi hingga bau dan naik minyak
- Masukkan rempah gulai cap rose dan tambahkan setengah cawan air, kecilkan api, biarkan utk 10 ke 15 minit.
- Masukkan ayam yg sudah di bersihkan ke dalam periuk @ kuali dan ttpkan sebentar, masukkan serai yg telah dititik
- Masukkan 1 ketul nipis nisan @ gula melaka dan tambahkan sedikit air, biarkan hingga ayam masak
- Masukkan terung dan tomato selepas itu masukkan santan bersama dengan asam keping
- Biarkan hingga santan pecah minyak selepas itu boleh perasakan dengan garam dan sedikit bahan perasa.
- Siap gulai dan boleh di hidangkan, boleh tambahkan lebih air kalau anda suka kuah yg cair dan kurangkan air jika suka kuah pekat.
Selamat mencuba
ni terlebih boh rempah itu yg pekat likat... tp nsb lah edy ngn katek kata sedap, siap esoknya beria cicah ngn prata segera |
gini lah rupe rempah cap rose... kredit utk google amik kt web rempah cap rose |
Sana femes dgn brand bunga ros ini Dana
ReplyDeleteMemang rasa dia sedap kan..
Aroma dia pun menggoda satu dapur masa masak:)
dah pek baru eh rempah nih?
ReplyDeletekalo dulu plastik jerneh ajer.
Mak Zura pon mmg guna rempah cap bunga ros kalo nak masak gulai ayam. sedapppp!
gulai daging pun sedap kan...
ReplyDeletenak sikit,hihi
Selalumkakcik kalau masak kari terung campur ikan...nanti boleh cuba dengan ayam pulak (macam masak dalca)... :)
ReplyDeleteAda rempah gulai nya ye dana..
ReplyDeletetengok kuahnya pun pekat..
sedap tu dana..
mana nak cari rempah cap rose ni..
atau ada kat kelantan ajer :)
saya pandai makan je .. hehe.
ReplyDeleteResepi baru ni...,
ReplyDeletemakchaq x pernah masak gulai ayam campur terung.. biasanya masak ayam campur kentang je & tak pernah jugak try letak nisan.. boleh la nak cuba resepi ni..
Kebanyakan orang Pantai Timur guna rempah ni kot ye Dana. Patutlah kari diaorang sedap sedap belaka.
ReplyDeleteHakak kadang kadang beli kari ayam dengan org Kelantan yg buka gerai pagi kat sini.
Ni gulai org ganu dana..
ReplyDeleteMmg guna rempah bunga ros ni
nanti akalau ada masa dan peluang kita jumpa dan saya bawa dana pergi kilang dia..laluan saya balik rumah ..
ReplyDeletek Zakie- btl kak pantai timur nng femes ngn rempah ini
ReplyDeleteNafira- aah pek baru nih, takde pek kck dh kata mil akak, sume beso2 gabak
Lynn- mmg boleh utk gulai daging jgk... ikan pun boleh
kakcik Nur- boleh kakcik, sedap jgk
k Norhayati- aah kak, ada jenama mcm2 sebenarnya kak tp rempah rose ni mil selalu guna pantai timur kelantan terengganu pahang pun mungkin ada
Al-Lavendari- hehehehe Pak Ngah mmg lah mkn je yek tukang masak dh ada
Makchaq- tryla makchaq ni gaya pantai timur boh nisan, terung tu kt kg dana mmg biasa msk kari boh terung
k Hainom- aah rasanya kak, ada jgk beberapa jenama lain tp ni yg paling top...
Lyafrina- betul sbb tu lah bgtau gulai ayam mil ku, kn mil ku org tganu
Fieda- insyallah.... msti semerbak bau lalu dpn kilangnya kan
nanti nak cuba jugak la..
ReplyDeleteterliur tengok..hihii
Sedapnyaaaa kak Dana. Fav Nani ni 😊
ReplyDeletekiranya tekak org melayu punya kari lah kan. selalunya tekak hindia kan. heeeee
ReplyDeletesedapnya dana..
ReplyDeletemoga dana diberi kesihatan yang baik, akak pun selsema dari semalam ni
Pakcik jadi tukang makan aje sesuai,
ReplyDeletenak masak tak geti.
Kadang2 tengok orang lelaki jadi tukang masak, jeles jugak