Wednesday, November 17, 2021

HARI KETIGA DI KAMPUNG BHG 1

 Assalamualaikum semua,

Maafkan lah diriku, blog penuh gambar balik kampung je. Siap buat bahagian-bahagian lagi punya la banyak gambar kan.. 😁😁😁 Kena buat 2 bahagian sebab banyak gambar, mana gambar bunga, gambar makan lagi. Ini pun dah habis pilih mana yang boleh letak mana yang tak hehehhe... 

Harap kawan-kawan suka tengok gambar yang ada. Gambar terakhir di hari ke 4 nanti ye, jadi harap tak jemu kot nak muntah hijau jangan scroll bawah hehehhe.

Awal pagi abah dah kerja tambak jalan belakang rumah... 

pokok bunga ros kampung yang sangat rajin berbunga... cantik betul bunganya

bunga ros emak ada 3 rak khas, rak yang ini dulu penuh tapi banyak yang dah mati... itu bawah sekali ganti bunga lain

Rak 2 tingkat ini yang pertama dibeli, lepas tu beli lagi dan lagi

rak bunga yang ini abah tempah dengan budak kampung... besar dan kukuh, bunga belah sini takde bunga sangat

bunga ros belah bawah ini jenis yang besar dan makngah punya (makngah tu adik nombor 2 aku)

bunga ros yang besar ni tak muat letak atas rak sebab jenis besar pasunya

tepi rumah ni redup je, kat sini lah makngah semai banyak bunga ros dan selalunya menjadi dan hidup

bunga ros antara yang lama, dari dulu tanam tapi pokoknya jenis kecil je

pokok puding memang suka tanam dari dulu... masa rumah depan ni siap lebih 10 tahun dulu memang pudingla mak tanam keliling rumah

tepi rumah belah sini pun penuh dengan pokok puding

pokok kunyit hitam pun ada abah tanam, mak kata ni baru di pindahkan ke polibeg

anak anjing ni dulu sesat kat rumah, sebab kesian selalu makngah atau paksu bagi makan, sekarang dia jadi jaga kebun nanas abah belakang rumah, halau khinzir dan monyet nak rosakkan nanas

pokok sirih yang makin merimbun... dulu kecik je sekarang separuh pondok tu dah tertutup

bunga ulam raja, boleh aku lupa nak ambil benihnya untuk tabur dekat rumah sini... cait hampeh

mak baru tanam pokok buah bidara, mak kata nak gunakan daunnya buat teh

Tuesday, November 16, 2021

HARI KEDUA DI KAMPUNG, BHG 2

 Assalamualaikum semua,

Seperti yang aku cerita semalam, gambar memang banyak memang kene buat 2 bahagian. Semalam banyak cerita pasal makanan hari ini kita cerita pasal bunga pulak. Kali ini balik dengan kereta maktek sebab kereta aku ada masalah, jadi aku malas nak keluar sangat banyak duduk rumah je. Edy dan adik ipar sampai kampung hari sabtu.

Aku ada beli cincin emas ini tahun lepas rasanya ke awal tahun, tapi longgar sangat aku pulak tak suka pakai cincin di jari selain jari manis, jadi aku bagi kat emak je cincin ni

Jom kita tengok antara bunga ros yang mak tanam...

bunga mak banyak ros Cameron Highland

cantik, aku takde yang bentuk macamni..

cantik pink nya

ini pink pekat hampir ungu

ini memang baru ambil dari kedai... 


ini pulak bunga yang saiz besar, aku belikan untuk emak sebab dia nak bunga ros batik

paksu bila melayan anak saudara, jadi bahan gelak ketawa je

sulur keladi... petang jumpa di pasar malam Pontian

jajan kegemaran abah, taufufa kami pun suka juga

samyang jajang

rutin bila balik kampung berkumpul 5 beradik memang kami akan masak samyang makan kongsi reramai... 

Monday, November 15, 2021

HARI KEDUA DI KAMPUNG BHG. 1

 Assalamualaikum semua,

Kalau nak ikutkan kat kampung gambar beribu kot aku ambil. Bak kata Edy aku ni sejenis hantu selfie, suka ambil gambar. Banyak aktiviti dibuat kat kampung, tapi aku tak banyak keluar sangat sebab malas heheheh. Ini sambungan dari petang hari pertama dan pagi hari kedua, harap kawan-kawan tak muak tengok gambar makanan je ye.

petang khamis tu aku buat inti coklat dan buat roti bun

bun inti kacang merah

bun inti kacang merah, teringat adik kata nak makan roti panas-panas, itu yang sangup buat terus

petang tu pesan satay RM100, memang puas makan sungguh

pagi hari kedua, kenal tak bunga ni? bunga balong ayam

bunga butang putih

tengok sekali imbas macam bunga raya, tapi bukan... cantik warnanya

biasa kita jumpa bunga lonceng kuning, tak sangka ada warna maroon gini cantik sangat

wajib jalan-jalan depan rumah... kampung setiap pagi hujan awal lagi dah mendung

buah roselle

pesan dekat kawan sekampung, ayam goreng ranggup... memang sedap puas hati

dia pun makan sampai 2 ketul sebab nampak ranggup katanya

menu hari kedua, simple je kangkung tumis dan kari ikan

roselle yang siap di buat jem

dan kordial... sedap masam manis, segar gitu

Thursday, November 11, 2021

PHOTO DIARY #42/2021 BALIK KAMPUNG... OOOO BALIK KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Maaf lambat buat entri, hari ini kami balik kampung. Balik ber4 je dengan Maktek dan Ecah, Edy dan Faizal akan balik sekali sabtu nanti. Mereka tak dapat cuti, jadi kami balik dulu.

Awal pagi, pukul 6.30 kami dah gerak, sampai di kampung dalam pukul 10.30. Jalan pun lenggang je cuma awal pagi hujan jadi perlahan sikit.

Jumpa lontong kering, sedapnya

Memang minta emak beli tauhu banyak dari kedai

Emak masakkan asam pedas kepala, siap ada telur lagi

Besar sangat telurnya

Aiyan dan Ecah ngepau atoknya aiskrim

Bukan main gembira

Abah pun makan aiskrim juga terliur tengok cucu makan

Budak comot

Pinggan aku... 

Pemandangan depan rumah


Wednesday, November 10, 2021

WW ROTI MAMA MACAM PIZZA

 Assalamualaikum semua,

Petang kelmarin Edy ajak beli barang, petang singgah makan di kedai.

Aiyan: Wahhhh, roti mama macam pizza lah... 

Mama: Aiyan nak ke? 

Aiyan: tak nak la, ini bukan pizza ni tapi roti


teringin pulak makan roti nan garlic