Monday, November 9, 2020

SEBENARNYA DRAGON BALL ADA 7 BIJI KESEMUANYA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, PKPB bersambung sampai 6 disember, sebelum ni kami ber3 tapi dah ramai lak yang join kali ini. 

Dah beberapa minggu kumpulkan mainan mcd mimions untuk Aiyan. Tapi dapat 9 biji je, kira oklah tu kan hehehhe


iNi konon-konon macam cerita dragon ball hehehehhe 

Tapi tambah 2 biji

Dragon dan bolanya

Bukan main gaya dia posing



Friday, November 6, 2020

RESEPI KEK PISANG KUKUS (CARA KISAR)

 Assalamualaikum semua,

Selamat berjumpa semula kawan-kawan di pagi jumaat yang indah. Hari ini nak kongsi resepi apa yek, banyak hari duduk rumah banyak masa masak dan jahit extender bunga labuci. Alhamdulillah rezeki musim PKPB.

Kali ini aku cuba buat kek pisang kukus, mudah je caranya kisar je semua bahan. Lepas tu kukus, biasa bakar je dengan oven. Memang sangat mudah, boleh cuba nanti.

*Ada yang tanya pasal batang ubi kerenteng tu, itu aku belikan untuk emak kat kampung. Pesan di shopee je keratan ubi tu untuk emak tanam, sebelum ni aku pernah cerita kat emak aku tanam ubi tu dan daunnya sedap, cepat lembut itu yang emak nak tanam juga. Jadi keratan tu nanti cucuk jelah kat tanah tunggu sampai keluar daun, bukan la untuk di minum ke apa batangnya tu.

Bahan-bahan:

5 biji pisang berangan yang masak- di lenyek

1/2 cawan gula

2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 cawan tepung gandum

1 mangkuk kecil coklat coin berlys


Cara Masak:

- Masukkan telur dan gula dalam blender kisar hingga kembang

- Kemudian masukkan minyak dan esen vanilla dan kisar kejap

- Masukkan pisang yang dah di lenyek kisar kan sekejap

- Dalam bekas besar ayak tepung dengan soda bikarbonat dan baking powder, masukkan bahan yang kita kisar dan kaup balik kan semua bahan hingga sebati

- Akhir sekali masukkan coklat dan boleh masukkan dalam bekas yang dah di sapu dengan minyak

- Masak untuk 20 ke 30 minit atau hingga masak

bahan-bahan utama


tepung yang kita dah ayak dengan soda bikarbonat dan baking powder

kita kisar je semua

tuangkan dalam bekas tepung tadi

kaup balik kan hingga sebati... 

boleh la masukkan coklat ini, saja tambah beli dah lama coklat ini

saja letak coklat atas tu
Add caption

siap sedia untuk dikukus
lepas siap di kukus


rupa bila dah siap di potong


nasibla cantik kejadiannya 

makan waktu panas-panas suam memang layan

bawak ke pejabat sikit esoknya

Thursday, November 5, 2020

PHOTO DIARY #34/2020

 Assalamualaikum semua, 

Bertemu kembali kita di hari khamis, biasalah bila khamis tu kan. Cerita bergambar lah ye, cuma itulah gambar nya tak berapa menarik, asyikla gambar makanan dengan kucing dan kadang si gebu aku tu.

Jom kita layan cerita bergambar ya


lepas tertengok cerita pasal minions kat blog Syazni terus ajak Edy ke McD, dapatlah 6 ekor minions dia . Ralit main
beli dengan kawan di JUPEM, dia jual 6 ketul RM5... gebus gebas sedap


sedap, memang montok

comel pulak tu

cik Bu yang dah makin gelap mukanya... warna coklat makin banyak kat badan dia

cik Mot suka lepak kat luar sambil tengok orang lalu, kadang sampai tertidur dia

rasmikan tupperware ini memang sesuai untuk boh roti dan sandwish

gaya aku punya sandwish telur... 

menu sarapan hari ahad, mehun goreng daging

kuey tiaw goreng sarapan pagi isnin, tapi tak berapa jadi lak kuey tiaw aku tu

Edy belikan aiskrim potong

tapi isinya cuma ada kacang merah, cendol dan coklat je, perisa lain dah habis

minggu lepas belikan keratan ubi kerinting untuk emak kat kampung


buat pesanan pada 30hb, 31 hb petang dah sampai kat kampung... 

Wednesday, November 4, 2020

WW BERYL'S BULAT-BULAT

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas beli dengan kawan di JUPEM, 1 botol RM20. Beli kismis dan assorted, bila dah makan susah nak berhenti 😁.

Aku suka yang dalamnya kismis tapi 2 beranak tu tak suka sangat

Ini untuk 2 beranak kat rumah yang suka kacang

coklat beryls ni memang sedap

😊😊😊

Tuesday, November 3, 2020

DAPAT JUGA KARI KAMBING

 Assalamualaikum semua,

Sebelum ini aku pernah kongsi resepi nasi beriani kari daging adabi. Tapi resepi asal menggunakan kari kambing adabi, cari kat kedai, pasaraya semua sold out akhirnya jumpa di shopee itu pun dah tak banyak. 

Bila dah masak, tahu lah aku kenapa kari kambing lagi sedap. Sebab dia ada tulang-tulang dan bau yang lebih best. Memang lagi sedap nasi beriani dengan kari kambing. Tapi itu pun aku campur kari daging dan kari kambing, sebab kari kambing tu dapat 1 tin je.

Buat banyak sikit, dapatlah bagi kat jiran-jiran dan juga maktek.

kari kambing ni ada yang jual melampau sampai belas-belas ringgit kat shopee

cara masak dia sama je
tambah telur rebus sekali


kali ini aku buat juga kari daging sikit, bungkus gini nak bagi jiran

tergoda tak heheheh

Edy punya, Aiyan pun suka... nasi tu pun tak berempah sangat memang layan

Monday, November 2, 2020

EXTENDER BUNGA LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku BDR esok baru ke pejabat, moga PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tak di sambung lagi. Tapi risau setiap hari kes banyak je.

Setelah dah habis kerja memanik di baju, ada banyak lagi labuci yang tinggal. Jadi aku cuba lah jahit bunga labuci di extender sambil mengasah skill. Tak sangka ada yang berminat. Ada kawan tempah untuk buat 10 extender pelbagai gaya bunga labuci. Dah selamat sampai pada yang tempah. Rasa seronok pulak buat.

Bunga dengan labuci besar

getah ini dah tertarik dibuat main anak comot, itu yang cuba jahit bunga labuci

Dah lama tak buat design macam ini

Design pertama yang siap,

Ini pun aku dah lama tak buat bunga gini

5 design yang siap ditempah

ini lagi 5 design

Memerah otak nak siapkan 10 extender ni

Pintu pagar bermangga, buat urud niaga lalu pagar dah macam urus niaga haram hahahah... ini la akak yang tempah tu