Thursday, April 9, 2020

PHOTO DIARY #13/2020 MENU SEHARIAN

Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan, dalam gallery hp aku ni penuh gambar makanan. Jadi bertabah la ye semua. Moga semua menu ini jadi panduan kot korang takde idea nak memasak nanti ya.

Aku dah tak ingat menu ini hari apa, ye... hehhehhe

Popia nestum, tapi nestumnya tu tak kisar, mana entah pengisar kering aku...tapi tetap laku ya

Dah lebih 2 minggu PKP aku takde idea, jadilah bubur ayam untuk sarapan

Murtabak maggi untuk sarapan

Telur masak hancur untuk menu makan malam

Mehun sup untuk sarapan... sup ayam dan bebola

Roti prata maktek bagi, siap kari dan sambal

Sambal udang petai.. comot mangkuk lupa nk lap sebelum ambil gambar hahahah

Ayam goreng dan bayam tumis air... menu lunch

Sotong dalam tin dan tumis tempe kobis

Nasi lemak menu pagi hingga lunch

Cekodok kembung atau kuntes... minum petang

Menu sarapan pagi semalam, spagetti goreng dengan kuntes

Tengahari rendang daging dan nasi impit

Minum petang french toast..
 

Wednesday, April 8, 2020

WW DAPAT KELUAR DARI RUMAH

Assalamualaikum semua,

Isnin 6hb aku kene ambil darah kat HKL, dapat la keluar rumah walaupun sekejap. Rasanya indah betul semua pemandangan. 
Edy hantar lagi mudah dari drive sendiri

Dekat nak sampai HKL ada roadblock debar jugakla

Tak sejam dah setel terus balik rumah

Tengok pemandangan awan dan gunung ni pun cantik sangat

Pemandangan yang sangat dirindui

Tuesday, April 7, 2020

MARI MENANAM KANGKUNG

Assalamualaikum semua,

Maaf semalam terlupa buat entry, idea dah takde wei. Gambar dalam hp aku penuh dengan makanan je. Hahahah kang korang bosan lak aku kongsi resepi hari-hari. 

Minggu lepas aku dengan edy ada semai benih kangkung. Hari ke 3 dia dah mula bercambah. Teruja ko, kangkung masih cambah dah jakun. Jadilah buat tambah cerita kan. Ginilah kerja bila dah bosan duduk kat rumah. Hari ini cukup 3 mimggu PKP.


Hari ke 2 tak nampak lagi tapi edy kata ada sikit, ini hari ke 3

Hari ke 4 nampak banyak sikit...jakun lagi

Tak sabar nak tunggu dia boleh di tuai hahahah... 

Sunday, April 5, 2020

RESEPI POPIA MAC DAN CHEESE


Assalamualaikum semua,

Maafla korang, bila PKP ini memang kerjanya masak je. Haritu ada masak popia , niatnya nak masak macam popia carbonara yang viral tu tapi rupanya laki aku terbeli sos prego yang mac and cheese. Persiapan semua dah buat kita hentam saja.

Bahan-bahan:
2 pek kulit popia
10 biji kentang, potong dadu
1 batang carrot, potong dadu
8 batang sosej daging, potong nipis
1 keping ayam kisar
5 biji bawang putih, cincang
1 biji bawang besar, cincang halus
1 tin sos prego mac n cheese
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara masak:
- tumiskan bawang putih dan bawang merah, masukkan ayam kisar dan sosej, lada hitam gaulkan hingga nampak ayam kisar masak.
-masukkan kentang gaulkan rata dan tutupkan kuali dengan penutup untuk 10minit dengan api sedang supaya kentang empuk
- bila kentang dah empuk masukkan sos prego dan susu cair. Jangan tambah air taknak inti berair.
- perasakan dengan garam dan tunggu hingga kuah kering dan matikan api.
- bila dah sejuk bolehla di jadikan popia


Sedap tapi rasa keju dia agak pekat


Memulakan aktiviti mempopia

Hari itu aku suruh dia buka kulit popia je, tapi kali ini dia kata nk cuba tolong akaknya ok je

siap dah 2 pek kulit popia, selamat bagi kat maktek dan jiran sebelah sikit

Sebelah kiri paksu buat belah kanan aku buat

Siap goreng sikit petang tu

Rupa is dalamnya

Friday, April 3, 2020

RESEPI BINGKA PANDAN

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi bingka pandan yang aku baru buat minggu lepas. Senang dan sedap, semua kat rumah ni suka. Aku buat petang, malam tu habis licin. Ini pertama kali aku masak, selama ini aku ingatkan susah nak masak.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan gula
1 1/4 cawan santan
3 biji telur
2 sudu besar planta
Sedikit pewarna hijau@ perisa pandan
Sedikit garam
Bijan

Cara masak:
- Pukul semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali bijan
- Bila semua dah sebati masukkan dalam loyang yang dah di lengser dengan planta.
- Tabur bijan di atas bingka sebelum bakar dalam suhu 180 selama lebih kurang 45 ke 50 minit, bergantung pada warna kerak.

Ini bahan-bahan yang aku guna

Campur je semua kalau ikutkan boleh kisar dengan blender tapi rasa macam bau bawang kang

Aku pukul dengan mixer je dalam 2 minit gitu

siap tabur bijan, disebabkan ini pertama kali aku ingat dia takkan naik macam kek itu sampai hampir penuh

Dalam oven masa 10minit tak silap....

Lepas dalam 30minit kot, hambik ko... masa tu seriau jugak nasib tak melimpah kat bawah hahahah

Bila dah sejuk dia menurun rupanya hahahah... kerak dia bukan main

Ini lah rupanya, bagi aku sedap je siap bagi maktek dan jiran lagi ingatkan orang kat rumah tak suka... sekali laju je habis 

Thursday, April 2, 2020

PHOTO DIARY #12/2020 AKTIVITI MENGHILANGKAN KEBOSANAN


Assalamualaikum semua,

Dah berapa minggu tak buat segmen PD ni, hari ini mohla kita ya. Sepanjang 2 minggu PKP memang pelbagai aktiviti dibuat selain masak masak makan hehehe. Mohla kita tengok apa aku buat, kami buat untuk penuhi masa lapang.

Selongkar novel lama, baca semula novel lama yang ada

perutusan dari PM, sambung PKP hingga ke 14 april, paksu la paling kesian heheheh

Buat popia sardin kentang untuk kudapan selama seminggu

Aiyan keluarkan mainan lego dia yang sekotak besar dan apa lagi... paksu pun kadang tumpang sekaki

Sejak PKP ni basuh baju, sidai dan lipat memang edy yang buat hahahah

Jiran blok sebelah bagi puding karamel, balas bingka pandan yang aku bagi 2 hari sebelumnya

selain tengok kartun, main hp, main lego dan baca komik ini aktiviti kegemaran dia

Kalau beli ikan kat kedai acheh sekarang diaorang tak sempat nak siang dan potong, kene la siang dan potong sendiri

Jiran sebelah rumah, pagi-pagi semalam dah bagi roti panas

Nasibla petang tu juga aku memang tengah bakar puding roti, dapatla bagi kat jiran sebelah ini buat balas makana yang dia dok hantar

Lepas tu petangnya dia bagi lagi bubur kacang lagi

Wednesday, April 1, 2020

PKP2020 STAYATHOMEDAY 15 TANAMANKU

Assalamualaikum semua,

Dah 15 hari tak keluar ke mana kecuali tepi rumah ni. Bersyukur juga ada tanah sekangkang kucing tepi rumah ini. Merasa jugakla pijak tanah sambil ambik angin pagi. 
Sambil teman paksu potong rumput, call maktek dia pun jenguk kat balkoni dengan ecah. Rindu wei .... rindu nak tengok jalan ke pejabat. Tekak ngegada nak makan ayam KFC. Nak masak pun otak dah makin tepu.

Maktek dengan ecah dok lambai-lambai

Berputik dah pokok mulberi yang aku semai batangnya

Sambil borak dengan paksu, dok pesan jangan potong lak pokok mulberi yang baru bertunas hahahah

dia pun sibuk nak tolong jugak bila kami duduk depan

Lepas bagi baja yang mak bawakkan dari kampung nampak subur pokok aku

Pokok cekur nampak gemuk sama dengan bayam brazil