Monday, August 3, 2026

RUTIN HD HARI SABTU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa nak cerita kat kawan-kawan rutin kalau aku hd bila hari sabtu. Kalau hd hari sabtu balik rumah boleh rehat, hari lain lepas hd kene masuk pejabat. Lepas tu kene ambil Aiyan balik sekolah hantar balik rumah dan masuk ke pejabat semula. Alhamdulillah hari kerja tu Allah bagi aku kekuatan untuk buat rutin harian seperti biasa. 

Jom tengok apa je rutin aku hari sabtu tu.

Barang-barang nak bawak ke dalam ruang  hd, selalunya aku sampai centre dalam pukul 6.30- 6.40 pagi


walaupun dah selalu tengok aku suka pemandangan pagi ni

letak barang kat kerusi dulu

pakai stokin tebal sebab dalam tu sejuk

timbang berat, setiap kali datang kene timbang dulu



Sampai kat mesin kita tu, letak la barang-barang keperluan, tisu, gula-gula, pil, air dan bekal makanan

biasa la kene bangun pagi muka sembab sikit heheheh

Ini peralatan untuk cucuk kat fistula

Sediakan tangan untuk dicucuk

Selamat dicucuk

sambil tunggu tu boleh tengok tv, main game

wajib bawak bekalan, sebab masa hd tu memang akan lapar. Tapi tak perlu bawak berat-berat bekalannya

jam ketiga akan diberi ubat recormon untuk naikkan hb, biasanya orang yang hd memang akan kurang darah

nurse datang untuk cabut jarum

sediakan tangan ya

tekanan darah urat aku memang tinggi jadi memang akan memancut sikit darah tu

lepas dah elok balut, pi timbang berat lagi 

tulis berat, dia nak tahu berapa air di tarik dari badan kita


masa ini memang sakit tangan bekas jarum tu, aku suka bukak ekon kuat supaya rasa sejuk je 

aku akan singgah kedai untuk bungkus nasi untuk aku dan Aiyan

Pukul 11 lebih sampai rumah

Terus makan sebab kalau tak makan badan memang mengigil, bila hd tu air dan toksik di tarik dari badan memang akan buat mengigil lapar

selesai

14 comments:

  1. Semoga dipermudah urusan perawatan setiap kali dana hd

    ReplyDelete
  2. Aha sama Abah akakpun pergi pagi sebelum Subuh. Pukul 10 lebih habis.
    Dana buat 3 kali seminggu juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul kak 3 kali seminggu, awalnya sebelum subuh dah sampai heheheh. Biasa memang makcik pakcik suka datang awal... memang mereka paling awal sampai.

      Delete
  3. Allahuakbar...Seram tengok jarum dan darah tu. Terus kuat kak Dana. Semoga Allah sentiasa permudah segala urusan kak Dana dan kurniakan kesembuhan. Aaamiin...

    ReplyDelete
  4. Awal sungguh rupanya ya, 6.30 pagi dah sampai. Pukul berapa tempat tu buka agaknya.
    Baru tau ada alat timbang kerusi tu.

    Tengok perkongsian Dana ni, banyak hal yang akak baru tau.
    Moga Allah permudahkan urusan rawatan Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan mula kul 7 tapi sebab ada makcik2 yg datang awal jadi dalam 6.40 mereka bukak dh

      Delete
  5. Waktu mak saya duduk wad, selalu nampak kerusi timbang tu...pelik x pernah nampak...baru tau fungsinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat hospital ada besar lagi penimbangna, sebab kerusi roda boleh naik atas tu

      Delete
  6. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan HD. In syaa Allah, mana tahu rezeki dan keahaiban-Nya Dana dapat kembali pulih seperti dulu.

    ReplyDelete
  7. Kagum sangat dengan semangat Dana dan ketabahan lalu rutin HD ni. Terima kasih sebab sudi berkongsi perjalanan ni, sedikit sebanyak beri kesedaran pada kami. Semoga Allah kurniakan ketabahan, permudahkan segala urusan rawatan, dan berikan kesihatan yang berpanjangan buat Dana. Aamiin

    ReplyDelete
  8. Kuat betul semangat K. Dana jalani rutin rawatan hemodialisis hari Sabtu lalu. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...