Friday, July 24, 2026

RESEPI CUCUR BAWANG AIR PANAS

 Assalamualaikum semua,

Cari-cari gambar ada yang tak lengkap, ini pun gambar sesudah selesai goreng tu takde... lupa nak ambil gambar heheheh. Gini lah makcik, ambil gambar pagi-pagi buat. Aku biasa jual cucur jagung atau cucur sayur tapi bila dah takde idea tukar la buat cucur bawang air panas ni. Best buat ini sebab lama dia punya garing kat luar lembut di dalam. Jom tengok resepinya

Bahan-bahan:

500g tepung gandum

6 biji bawang merah kecil, hiris

1 ikat kucai

1 genggam bilis, basuh dan toskan

garam secukupnya

serbuk cili 

Air panas mendidih

Cara Masak:

- Masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas. Gaulkan semua bahan kering lepas tu baru masukkan air panas sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair, biar pekat melekat. Bila dah agak sejuk goreng dalam api banyak dan panas. Goreng hingga kekuningan. 







14 comments:

  1. Sis selalu buat cucur guna air sejuk aja, bibik dulu ajo, nanti nak try guna air panas.. petang ni rajin nk buat cucur isi ketam dan jagung

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kak guna air panas ni jadinya lain sikit

      Delete
  2. Langsung teringin nak buat 😄. Walau beberapa bahan tak ada. Kita pakai seadanya yg di kulkas lah. Memang sukaaa makan cucur atau bakwan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba, dia boh bilis bawang dan tepung pun dah ok

      Delete
  3. Lepas ni dana bolehlah buat resipi cucur nasi sejuk pula.

    ReplyDelete
  4. Kalau Sha pula selalunya guna secawan air panas, selebihnya air sejuk.. Lepas ini boleh cuba guna air panas semua pula..

    ReplyDelete
  5. Kalau cucur ni jaranglah tak sedap kan. Belum pernah lagi bancuh guna air panas. Nanti boleh cuba lah. Terima kasih kak Dana share resipinya.

    ReplyDelete
  6. terbaek.. sedap makan petang2 hujung minggu ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik betul tips bancuh tepung cucur guna air panas mendidih ni, baru tahu rahsia nak bagi dia kekal garing lama dekat luar tapi lembut kat dalam! Gabungan letak kucai dengan segenggam ikan bilis tu pun dah tahu mesti sedap dan wangi aromanya bila digoreng. Walaupun tak ada gambar hasil akhir sebab terlupa tangkap, ulasan resipi ni pun dah cukup buat kecur liur nak cuba petang ni!

    ReplyDelete
  8. Tok saudara pun ajar guna air panas tapi selalu lah lupa, sedapnya cucur

    ReplyDelete
  9. Akak suka..rangup kat luar lembut kat dalam

    ReplyDelete
  10. ada kawan ofis lama ajar tapi ammi tak pernah buat. Sebab memang cucur dia dah waktu petang pun masih lembut elokkkkk je

    ReplyDelete
  11. Ooo..baru tau rupa bancuhan dengan air panas tu kena macam tu..TQ Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...