Assalamualaikum semua,
Ini cerita minggu lepas, 13 sampai 16 haribulan ada dibuat Minggu Pendidikan Khas di sekolah Aiyan. Ada pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya Segmen Kenali kami, murid pendidikan khas akan baca tentang mereka dan akan diadakan kuiz untuk murid arus perdana menjawab. Pertandingan Mewarna Poster, Permainan 5 Stesen (Anyaman, Rekabentuk,Tangram, Jigsaw puzzle, dan pingpong) Matematik crossword. Semua murid PPKI turut serta, ini mesti Wak Warisan Petani suka ni kali ini Aiyan memang seronok dengan aktiviti kali ini.
Dia jadi pembaca tentang Segmen Kenali kami dan akan bagi soalan kuiz, dua hari berturut dia jadi pembaca. Dia kata seronok Aiyan suka walaupun mula-mula tu dia rasa berdebar bila kene berdiri depan semua murid dalam dewan.
 |
| Dia punya gaya tu |
 |
| Apa la stail dengan spek atas kepala tu |
 |
| Hari rabu dia join segmen kenali kami lagi |
semoga Ayyan dan kawan-kawan terus membesar dengan cemerlang dunia akhirat, aamiin
ReplyDeleteamin, terima kasih kak Ana
DeleteSemua seronok beraktiviti...Syurga diorang dah tentu...
ReplyDeleteamin2....
DeleteSeronok aktiviti mereka.. happy Ayyan.. moga sihat-sihat selalu anak-anak ni
ReplyDeleteAktiviti gini memang mereka suka, kalau belajar je cepat bosan
DeleteBagus Aiyan berani dan confident. Keep it up! Seronoklah mereka banyak aktiviti. Baguslah kan, mereka seronok sambil tu bina keyakinan diri sekali.
ReplyDeleteDia sukarela katanya , entah mana datang keberanian tu
Deleteaktiviti merangsang minda tahniah aiyan n kawan2 beri tumpuan penuh
ReplyDeleteya betul tu...
DeleteWahhh tahniah Aiyannn...bagus dia berani ye...
ReplyDeleteMakin hensome Aunty tengok....
Dia memang suka kadang tu, hendsome apanya perut muncit hahaha
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteSemoga Aiyyan gembira bersama kawan-kawan sebaya.