Friday, June 26, 2026

HUJAN RIBUT DI DATO KERAMAT

 Assalamualaikum semua,

Semalam petang dalam pukul 4 tu hujan, mula ok lagi tapi makin lama makin lebat dan berangin. Angin dia tu kuat berpusing , aku dok tengok dari tingkap bilik siap berpusing angin tu. Hujan memang sangat lebat siap dengan guruh dan petir lagi. Dalam kul 4.40 kami turun ke bawah tengok hujan masih lebat sampaikan air naik dekat lobi, banyak pokok sekitar jupem dan sekitar jalan yang tumbang. Masa balik tu banyak jalan yang tutup sampaikan aku ni kene lalu Jalan Tun Razak untuk balik ke rumah. Tapi belah Kuala Lumpur, Dato Keramat je yang hujan ribut. Sampai rumah hujan biasa je tak berangin macam dekat pejabat.

pokok tumbang depan jpam

merata jalan tutup





berpusing-pusing cari jalan keluar


Ini dekat parking pejabat


Masa berjalan ke kereta dekat betis dah air tu


pokok tumbang dekat tepi pagar

1 comment:

  1. Bahaya betul pokok tumbang. Nasib baik tiada kereta yang kena.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...