Thursday, June 25, 2026

PHOTO DIARY #20/2026

 Assalamualaikum semua,

Rasa sekejap je dah masuk hari khamis kan. Sebenarnya aku yang dah tak sabar nak tunggu hujung minggu. Kadang rasa tak cukup masa rehat untuk diri sendiri. Kadang duduk rumah bukan nya apa sangat pun cuma nak rehat, nak tidur, baring sambil layan drama korea heheheh. Oklah jom layan cerita bergambar, cuma sejak dua menjak ni selalu sangat blog aku tak keluar kat feed tepi tu entri terbaru. Kadang dah seharian sunyi je blog tu. 

Tadi ada kawan ajak pi mixue dia belanja air boba

banyak betul bantal dekat kerusi aku ya, ini kerusi belakang

Ini depan, patut bantal hitam tu dekat belakang

Lepas hd tadi baru duduk kejap jumpa budak 4 orang ni diaorang ajak ke mixue, kebetulan kereta aku ada depan tu terus la naik dengan kereta aku. 

Bantal kucing hitam ni juga selesa dan gebus untuk letak tangan

Konon kita beli bantal baru tapi tak cukup gebu tak berapa selesa pulak bila letak tangan

Ini lah doktor kat tawakal kpj yang operate urat aku, kelakar doktornya.

Bekal  masa hd, roti dengan daging burger



Dia bawak balik donat dari kelas meroti

Ada kawan pejabat bawak kek carrot , dia buat sendiri tau sedap sangat

sedap dan cantik kan

kalau malas roti dan telur je boh sikit sos cili

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...