Monday, June 8, 2026

BALIK KERTEH DAY 2

 Assalamualaikum semua,

Hari kedua balik kampung, isnin tu kami rancang nak jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Aku nak pergi ke Pasar Payang yang baru tapi itulah gerak pun lambat sampai Kuala Terengganu dah pukul 11 lebih. Jem nak masuk ke simpang pasar, masih cuti lagi kan jalan sesak macam apa. Sudahnya kami ke Mayang Mall je tapi itulah rasa macam pergi ke mall dekat KL atau Selangor je. Kami cuma makan je dekat situ lepas tu jalan-jalan kat Jambatan Angkat pergi Pantai Batu Burok kejap lepas tu balik. Perjalanan balik tu hujan lebat gila, nasib la masa tu kami memang dah menghala ke Kerteh.

Sarapan popia dan karipap buatan mak mentua
Makan juga pulut kelapa dan mehun goreng

Mayang Mall

Semua menu tak sedap... mehun udang tu pun tak sampai separuh aku makan

Saya nampak tinggi dengan gambar 0.5 ni muahahhaha







16 comments:

  1. Belek pinggan makan tu, oh Penang Chendol. Presentation lawa, rasa tak kena pulak ya.

    Dana memang nampak dah makin kurus pun sekarang ni. Guna pulak lensa 0.5, bertambah panjang kakinya 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, rupa lawo tapi rasa kureng sangat. Nampak je kurus kak tapi tak pun hehehhe

      Delete
  2. abah muka garang je.. hihihi...
    linda tak sampai lagi jambatan angkat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edy memang gitu, dia tak minat sangat selfie2 ni tapi kene ikut jelah permintaan bini

      Delete
  3. jauh jln sampai kuala Terengganu ya Dana

    ReplyDelete
  4. Persembahan makan sudah cantik tapi sayang rasa tidak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak oi dahla tengah lapar memang sedih betul

      Delete
  5. Wak belum sampai lagi jambatan gantung KT tu

    ReplyDelete
  6. bestnya ganu. terkenang zaman duk paka. petang ronda kerteh, esok bosan ronda dungun pula. hehe

    pulut nyior tu mak aihhh sedap nya. terliur tengok

    ReplyDelete
  7. memula ingatkan oriental kopi, penang chendol rupanya. presentation nampak lawa, sayangnya tak kena tekak pula ye

    ReplyDelete
  8. Kami tak masuk Mayang Mall pun lagi.

    ReplyDelete
  9. Musimcuti, memang sesaklah jalan..

    ReplyDelete
  10. Bulan 8 ye akak pi Ganu...bawak PZ ke sana...harap2 PZ sihat la kan....

    ReplyDelete
  11. Aiiiih padahal saya pikir akan sedap. Nampak menggoda makanan2 tuh. Sayang pula tak sedap ya kak

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat selalu ke Terengganu...negeri yang nak sangat akak repeat balik..tapi tulah, takde rezeki lagi...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...