Assalamualaikum semua,
Hari kedua balik kampung, isnin tu kami rancang nak jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Aku nak pergi ke Pasar Payang yang baru tapi itulah gerak pun lambat sampai Kuala Terengganu dah pukul 11 lebih. Jem nak masuk ke simpang pasar, masih cuti lagi kan jalan sesak macam apa. Sudahnya kami ke Mayang Mall je tapi itulah rasa macam pergi ke mall dekat KL atau Selangor je. Kami cuma makan je dekat situ lepas tu jalan-jalan kat Jambatan Angkat pergi Pantai Batu Burok kejap lepas tu balik. Perjalanan balik tu hujan lebat gila, nasib la masa tu kami memang dah menghala ke Kerteh.
 |
| Sarapan popia dan karipap buatan mak mentua |
 |
| Makan juga pulut kelapa dan mehun goreng |

 |
| Mayang Mall |



 |
| Semua menu tak sedap... mehun udang tu pun tak sampai separuh aku makan |

 |
| Saya nampak tinggi dengan gambar 0.5 ni muahahhaha |




Belek pinggan makan tu, oh Penang Chendol. Presentation lawa, rasa tak kena pulak ya.
ReplyDeleteDana memang nampak dah makin kurus pun sekarang ni. Guna pulak lensa 0.5, bertambah panjang kakinya 😀