Wednesday, April 1, 2026

RUTIN HEMODIALISIS BILA BALIK KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan semalam ada urusan di hospital lepas habis hd. Gini la orang tak sihat hospital tu dah kira macam rumah kedua kan hehehhe. Tahun lepas pertama kali aku hd tapi masa tu aku tak buat dialisis lagi masa balik kampung tapi tahun ini dah mula. Dalam bulan puasa aku dah telefon beberapa pusat dialisis swasta di kampung Johor dan Terengganu untuk tumpang buat dialisis dekat sana. Macam dialisis di Kuala Lumpur ni bayaran dibuat oleh JUPEM. Jadi kalau aku tumpang buat di kampung kene la bayar sendiri. Takpe lah janji dapat balik kampung beraya kan. Sekarang dah mudah banyak tempat ada perkhidmatan hemodialisis ni, nak bercuti pun dah mudah dah.

Raya kedua aku dah hd di Pontian pukul 11 pagi habis pukul 3 petang, ini bayaran dia RM260.

Raya keenam aku hd pulak di Kemaman pukul 3.30 petang sampai 8 malam, bayaran dia RM300.


Khamis pagi sebelum balik kampung tu hd di KL dulu, kene ambil iron dulu sebab hb aku rendah
balik hb sampai rumah terus pergi hantar Cik Bu ke hotel cuti raya
Malam tu lepas berbuka kami gerak balik kampung
Raya kedua, masa ni tunggu tetamu datang
hd di Pontian

Petang lepas hd tu entah perut buat hal, cirit birit  raya ke3 pagi ke klinik mujur la esok tu dah ok

Ini masa hd di kemaman pulak


22 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatannya dan memberi kesembuhan atas penyakitnya.

    ReplyDelete
  2. Alahai..cirit birit plak...nasib sekejap aje...apapun semoga dipermudahakan urusan dialysis Dana ye...

    ReplyDelete
  3. lama juga setiap sesi dialysis tu ye..kos tu blh claim semula kan Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 jam setiap sesi, tak boleh claim sebab yang dekat centre ni dah di bayar melalui LO

      Delete
  4. Allahu.. Semoga Dana sentiasa dipermudahkan urusan semasa menjalani hd ni.

    ReplyDelete
  5. yang dekat kemaman tu rasa macam lama betul.. semoga terus diberikan kesihatan, dipermudah segala urusan..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah lama, dekat kul 8 jugak la gitu...

      Delete
  6. Rupanya boleh buat di tempat lain cuma kena buat temujanji awal ya di tempat baru itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tumpang di tempat lain janji kene bagitau awal, kalau tempat tu besar memang banyak mesin kalau tempat kecil mesin tak banyak.

      Delete
  7. Alhamdulillah sebab boleh buat di merata daerah dan bandar. Moga dipermudah kan semua urusan Dana

    ReplyDelete
  8. Semoga kak dana dikurnia kan ketabahan, kemudahan dan jalan keluar dalam setiap dugaan. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  9. Skrg ni senang sikit byk dh hd centre kan... x risau nk ke mana cuma perlu survey & booking je la seblm nk bercuti tu

    ReplyDelete
  10. aduhai tak boleh claim sbb dah LO ye.. moga dipermudahkan segala urusan hd sis Dana walau dimana juga ya... musim raya & cirit birit berpisah tiada ehehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..dah makin mudah dah ye...Semoga makin mudah semua urusan Dana selepas ni, Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Mahal memang dialisis ini kalau bayar sendiri ya kak 😔. Sehat2 kak dana 🤗🤗. Semoga dipermudah semua urusan kakak

    ReplyDelete
  13. Allahu..terua semangat ye Dana....Semoga dimudahkan urusan seharian nya...

    ReplyDelete
  14. mahal jugak er, moga dimurahkan rezeki Dana & dipermudahkan semua urusan..aamiin

    ReplyDelete
  15. buat HD yang dibayar JUPEM tu nanti masa pencen ditolak ke tak dari bayaran apa dipanggil tu...gratiuity?

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...