Assalamualaikum semua,
Pagi tadi agak sibuk kesana sini buat kerja, waktu rehat ni baru dapat buat entri. Tutup semua lampu pejabat biar gelap baru kita melayan blog sambil buat kerja. Aku sejenis suka buat kerja dalam gelap rasa tenang gitu. Aku dapat tempahan rendang daging untuk jumaat, jadi malam tadi la bertungkus lumus buat semuanya. Tahun lepas kawan aku dah pernah buat tempahan kira tahun ini repeat lagi. Alhamdulillah. Aku rasa macam belum pernah kongsi resepi rendang daging cara aku dalam blog ni. Kalau ada pun takpe, kira macam belajar ulangan. Jom tengok resepi dan cara masaknya ya.
Bahan-bahan:
2 kilo dagin yang dah siap potong (aku beli kat RosyamMart daging siap potong)
3 pek perencah rendang Adabi
6 biji bawang holland, kisar
5 biji bawang merah kecil, kisar
8 biji bawang putih, kisar
1 inci halia, kisar
2 inci kunyit, kisar
4 batang serai, kisar
1 sudu besar jintan putih, kisar
3 sudu besar ketumbar, kisara
8 biji cili api, kisar
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar asam jawa paste
3 ketul kecil gula melaka
3 kotak kecil santan
1 pek sedang kerisik
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak secukupnya
2 helai Daun kunyit
Cara masak:
- Masa kisar bahan-bahan aku dah tambah minyak dan air masa kisar tu, jadi tak tambah air lagi dalam masakan tu.
- Masukkan daging yang kita dah cuci bersih darahnya dan toskan, ke dalam periuk besar. Masukkan semua bahan-bahan kisar, Masukkan asam jawa, gula melaka, santan dan cili boh dalam periuk besar tu. Kita gaulkan dengan daging tu sampai sebati. Baru kita tambahkan minyak masak dalam 3 senduk dan hidupkan api sedang.
- Bila dah pecah minyak tu masukkan paste rendang dan kerisik .
- Kita masak untuk 1 ke 2 jam. Bila daging dah empuk masukkan garam dan rasa kalau dah ok. Kalau suka pekat reneh lama sikit biar kuah kering, kalau aku suka yang kuah pekat tapi masih basah lagi. Terakir tu masukkan daun kunyit dan matikan api.
![]() |
| Gaya mak aku, jenis bubuh semua gaul bahan-bahan dengan daging |
![]() |
| Pagi tadi aku panaskan lagi bagi pekat dan tambah daun kunyit |
![]() |
| Yang dah siap masuk dalam bekas |
![]() |
| Alhamdulillah orang yang tempah tu kata sedap. |








Mak MY pun jenis lebur semua bahan macam ni. Gula, asam keping dan kerisik je taruk kemudian. Tapi masak kat segamat, wajib tumis. ikut la kat mana kita masak, kat situ la kita follow rules.. haha
ReplyDeleteMama saya pernah bagi resep rendang buatan dia. Tp jujur tak sanggub saya nak buat, saking banyaknya rempah dan bahan š¤£š¤£. Akhirnya setiap teringin rendang, dah pasti pesan juga dari teman
ReplyDeleteAkak suka ada berkuah sedikit. Masya Allah tengok Dana punya rendang daging teringin pula hendak rasa. Alhamdulillah pelanggan yang tempah itu puas hati.
ReplyDeletetengok gambar pun dah tau confirm sedap..Dana jual RM berapa untuk 2kilo ni?
ReplyDeleteSenang daging dah siap potong. Jimat masa dah kat situ.
ReplyDelete