Friday, March 6, 2026

RESEPI KUPANG +UDANG MASAK SOS CILI KOREA ECOSHOP

 Assalamualaikum semua,

Hari ini tenang betul rasanya, sebab pengarah aku cuti rehat. Aman takde yang cari dan panggil untuk mengadap hehehhe. Jom kita layan resepi kupang lagi kali ini aku nak kongsikan resepi orang malas je menggunakan sos cili korea yang aku beli di Ecoshop je mudah dan sedap.

Sebelum itu aku nak betulkan beberapa orang yang salah paham, pokok blackberi dan mulberi tu tak sama ya.

Ini pokok blackberi yang baru aku beli, nanti buah berinya akan berwarna hitam bila masak

Ini pulak pokok mulberi, dia tak berduri buahnya seakan tapi dia saiz kecil sikit 

Bahan-bahan:

1 mangkuk kupang

10 ekor udang

2 biji bawang merah besar hiris

5 ulas bawang putih hiris

1 inci halia hiris

3 batang cili api

2 pek sos cili korea

Garam

Daun ketumbar

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu dan kekuningan.

- Masukkan udang kacau-kacau bila dah separuh masak masukkan kupang.

- Masukkan sos cili korea tu, kacau lepas tu tutupkan periuk untuk 10 minit.

- Tambahkan sedikit air,cili api garam dan daun ketumbar. Siap










18 comments:

  1. mana plak nak cari kupang ha...hahahaha...Dana ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhahaha payah ye jumpa kt sini kak... tukar dgn kerang la kak hahaha

      Delete
  2. waahhhh dia mari dgn Kupang pulakkkkkkkk aaaarhhh mana Ana nak cari kupang kat sini huwaaaa T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar takde jual ke dik? ke mungkin sebab akak beli kupang ni masa balik johor

      Delete
  3. mula2 terbayang dana letak kupang sekali dengan shellnya..isi dia je rupanya

    ReplyDelete
  4. sedap tu nampaknya. selamat berbuka ye. teringin makan kupang ni..

    ReplyDelete
  5. wah ganding udang segar n kupang buka selera tu

    ReplyDelete
  6. Wah merah hijau menyerlah.
    Letak daun ketumbar rupanya.

    ReplyDelete
  7. Kupang itu kalau di sini sejenis kerang, tapi size dia keciiiiil sangat macam beras. Dan jujur saya tak suka, sebab fishy nya kuat sangat. Biasa dijadikan lontong Kupang oleh Orang2 Jawa timur.

    Tp di sana Kupang itu kerang yg besar ya kak. Kalau kerang besar begitu kami sebutnya kerang hijau. Kalau itu saya sukaaaaa 😍😍.

    Blackberry dan mulberry ini kalau coba yg dijual di Bandung, rasa asamnya masih kuat, padahal Bandung sejuk . Tapi pernah beli saat di Amerika, manis pula rasanya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pernah nampak kat tiktok kupang kat sana halus-halus dan selalu di buat soto ye. Tapi kalau kt Malaysia di panggil kupang sebab kerang rupa nya lain. Mulberi kalau dah masak betul-betul manis jugak dik, blackberi tak pernah lagi merasa yang . Macam la stroberi kalau di cameron highland manis bawak turun terus masam.

      Delete
  8. Menarik juga perkongsiannya. Kadang hal kecil seperti ini bisa memberi inspirasi atau pandangan baru bagi orang lain yang membacanya. Terima kasih sudah berbagi.

    ReplyDelete
  9. Kalau kat sini banyak kupang.
    Yang liar ada, yang bela pun ada.

    ReplyDelete
  10. Ya, mulberi dan blackberi tak sama. Katanya yang hujung buah ada nama beri tu bagus untuk kesihatan. Banyak buah naman beri hujung macam straberi, blueberi, cranberry dan entah apa lagi.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...