Friday, March 6, 2026

RESEPI KUPANG +UDANG MASAK SOS CILI KOREA ECOSHOP

 Assalamualaikum semua,

Hari ini tenang betul rasanya, sebab pengarah aku cuti rehat. Aman takde yang cari dan panggil untuk mengadap hehehhe. Jom kita layan resepi kupang lagi kali ini aku nak kongsikan resepi orang malas je menggunakan sos cili korea yang aku beli di Ecoshop je mudah dan sedap.

Sebelum itu aku nak betulkan beberapa orang yang salah paham, pokok blackberi dan mulberi tu tak sama ya.

Ini pokok blackberi yang baru aku beli, nanti buah berinya akan berwarna hitam bila masak

Ini pulak pokok mulberi, dia tak berduri buahnya seakan tapi dia saiz kecil sikit 

Bahan-bahan:

1 mangkuk kupang

10 ekor udang

2 biji bawang merah besar hiris

5 ulas bawang putih hiris

1 inci halia hiris

3 batang cili api

2 pek sos cili korea

Garam

Daun ketumbar

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu dan kekuningan.

- Masukkan udang kacau-kacau bila dah separuh masak masukkan kupang.

- Masukkan sos cili korea tu, kacau lepas tu tutupkan periuk untuk 10 minit.

- Tambahkan sedikit air,cili api garam dan daun ketumbar. Siap










3 comments:

  1. mana plak nak cari kupang ha...hahahaha...Dana ni kan....

    ReplyDelete
  2. waahhhh dia mari dgn Kupang pulakkkkkkkk aaaarhhh mana Ana nak cari kupang kat sini huwaaaa T__T

    ReplyDelete
  3. mula2 terbayang dana letak kupang sekali dengan shellnya..isi dia je rupanya

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...