Monday, March 9, 2026

RESEPI ROTI TELUR BAWANG

 Assalamualaikum semua,

Belek gambar takde yang nampak macam best untuk dikongsi. Jadi kita kongsi resepi jelah ya. Bulan puasa ni rajin sikit masak untuk berbuka jadi banyak sikit la menu ada. Ini menu mudah tapi sedap untuk berbuka. Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

4 biji telur

1 biji bawang merah, hiris nipis

1 batang daun sup, hiris halus

Sedikit garam

Sedikit serbuk cili kisar

6 keping roti gardenia, potong 4

Cara masak:

- Campurkan telur, bawang, daun sup, serbuk lada dan garam. Gaulkan hingga sepati

- Celupkan telur dan goreng dengan api kecil hingga masak. Masak kekuningan.

- Sedap di makan dengan sos cili.







9 comments:

  1. Sedap buat moreh ni...goreng panas2 kan

    ReplyDelete
  2. Selalu akak buat Roti Telur kosong gitu jek...nanti-nanti rajin nak buat versi macam nilah..TQ Dana..

    ReplyDelete
  3. wahhhh sedapnyaaaaa boleh buat juga ni utk moreh ataupun sahur ehehe

    ReplyDelete
  4. boleh cuba resipi Dana tksh kongsi

    ReplyDelete
  5. Tadi moreh kat surau ada orang bawa roti telur sardin

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...