Friday, January 23, 2026

RESEPI PUNTEN

 Assalamualaikum semua,

Ingat tak 2 minggu lepas aku ada kongsikan resepi sambal hijau kan. Ini dia punya regu lah ye. Punten. Ada yang kenal atau tak kenal ke punten ni? Ini makanan belah jawa Selangor dan ini antara menu baru aku jual kat kedai. Punten sambal hijau. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

2 cawan beras, cuci dan toskan

1 kotak kecil santan

5 cawan air

sedikit garam

2 sudu minyak masak

1 helai daun pandan

Cara Masak:

- Masakkn nasi dengan santan, cawan sedikit garam, minyak masak dan daun pandan .

- Bila dah masak, keluarkan daun pandan dan kita lenyek nasi tu sampai halus. Macam buat nasi impit tu.

- Biasa orang buat punten tu lonjong, aku guna senduk nasi je 

- Kene buat masa dia panas tau, kalau sejuk dia dh keras.

- Lawankan dengan sambal hijau memang ngam










rupa punten tak berapa comel tapi tetap sedap bila di makan dengan sambal hijau

8 comments:

  1. Punten mkn dgn sqmbal hijau kan
    Bos akak suka selalu jga beli bg staff tp
    Akak je x mkn

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  3. waahhh sedapnyaaaa sis dana buat punten! ana sukeeeee mkn punten ni daapppppppnyaa! ehehe

    ReplyDelete
  4. Fav kita ni punten walaupun kita bukan Jawa Selangor, hihi. Rasanya dalam dua tiga tahun ni baru tahu pasal punten ni. Kat pasar malam pun dah ada jual skrg.

    ReplyDelete
  5. pernah makan dan suka gak..cuma x selalu makan...

    ReplyDelete
  6. Nak try buat la. Teringin nak makan.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan, tapi boleh bayangkan rasa macam nasi impit lembut cicah sambal hijau.
    Yelah, kita Jawa Johor tak pernah tau pasal punten. Sejak ada medsos ni barulah tau juadah nama punten.

    ReplyDelete
  8. Tak tau kenapa tak boleh nk klik reply tu untuk jawab soalan... pening blog ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...