Assalamualaikum semua,
Minggu lepas dari rabu sampai jumaat ada buat gotong royong kemas pejabat. Jadinya boss aku suruh kami masak sedap hari jumaat lepas gotong royong. Dia mintak masak gulai daging jadi kami tambah menu lain yang sesuai. Masak bersama-sama aku je tak masak, jadi tukang suruh je hehehhe. Kami masak nasi putih, daging gulai, ayam goreng kunyit, sayur kobis dan sambal belacan. Dapur tu budak-budak bawak mereka ada dapur portable guna bila mereka kerja luar.
Goreng ayam dekat luar |
suruh budak lelaki yang jaga, tapi itulah ayam nya mereka goreng garing sungguh |
aku tolong potong-potong je |
ini orang yang masak gulai, dia biasa masak kalau kerja luar |
Ini geng setup meja mengoreng |
Ini kat pantry bawah ada yang sediakan buah potong untuk rojak buah |
goreng sayur kobis |
rojak buah ni sedap betul tau |
ikan bengkak... berebut |
daging gulai kawah |
budak lelaki yang pi solat jumaat kami baru makan, yang lagi 2 orang belah kiri tu kawan dari tingkat lain. |