Friday, July 19, 2024

RESEPI KETAM LEMAK PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Bila lama tak masak menu ini kadang teringat. Suka bau daun kunyit yang harum bila masak resepi ini. Tak pedas ringan je rasanya tapi sedap bila dah keluar manis ketam tu. Jom tengok resepinya jom.

6 ekor ketam, belah dua

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar, hiris

3 biji cili api , potong dua

1 batang serai, ketuk

1 kotak kecil santan

2 helai daun kunyit

garam

Air secukupnya

Cara masak:

- Panaskan 2 cawan air masukkan bahan hiris, bawang, serai dan cili api. Biarkan mendidih.

- Bila dah mendidih masukkan 1 cawan lagi air dan santan

- Masukkan ketam, gaul biarkan kuah tu merata. Tutupkan kuali biar ketam masak biarkan dalam 10 minit gitu.

- Masukkan daun kunyit, kalau rasa kuah kurang boleh tambah air panas lagi. Masukkan garam perasankan. Bila dah masak semuanya siap.









11 comments:

  1. Jarang tgk menu lemak putih ketam..menarik

    ReplyDelete
  2. 1st time tengok ketam masak putih.. sllunya ketam masak lemak cili api hehehe

    ReplyDelete
  3. Mesti masih manis rasa ketam tu masak putih cam ni

    ReplyDelete
  4. seafood yg mmg akak tak berapa nak rajin makan. hehehee.. arwah abah dulu suka sangat.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Ketam masak putih ni Dana.

    ReplyDelete
  6. fisrtime tgk ketam lemak putih
    selalu kuning
    menarikkk ni

    ReplyDelete
  7. selalu nya lemak kuning + nenas tu. 1st time tgk lemak putih..
    bole je kannn

    ReplyDelete
  8. ammi pula dah lama teringin nak masak rassam letak ketam tp manjang je malas

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak makan ketam m.tenkiu share resepi .

    ReplyDelete
  10. Menarik ni...x pernah nampak lagi menu lemak putih...boleh cuba la

    ReplyDelete
  11. Wah, interesting. Nampak menarik. Rasanya lebih kurang macam ketam masak lemak ya? Nak cuba masak lah nanti.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...