Friday, January 26, 2024

RESEPI LEEK TUMIS TELUR

 Assalamualaikum semua,

Dah beberapa minggu aku tak berkongsi resepi dekat sini,maafkan lah diriku ya. Resepi hari ini ada kisah kelakar sikit, begini ceritanya. Aku pernah tanya dekat kawan kedai ada jual lokio tak kat NSK Selayang, sebab dia suka ke sana. Siap tunjuk gambar dan dia kata banyak je jumpa lokio tu. AKu pun pesanla kalau jumpa belikan 1 ikat. Kisahnya ahad dia tunjuk gambar leek, dia kata dh beli yang aku kirim. Aku kata bukan-bukan, lokio dengan leek tak sama. Tapi sebab dia dh beli,dia suruh aku ambil dan masak jugak. hahahhaha

Aku ni dahla tak pernah sekali pun beli dan masak leek ni. Sebab risau kan rasa dia camne. Tapi bawak balik jugak lah leek tu kan. Aku google dulu resepi yang mudah dan jumpa 1 yang aku rasa mudah nak cuba dan bahannya senang. Tumis leek dan telur, bila dah masak eh sedap rupanya leek tu. Itu aku kongsi dekat sini, untuk kawan-kawan cuba juga.

Bahan-bahan:

3 batang leek, buang kulit luar dan potong serong

3 biji telur 

4-5 ulas bawang putih, ketuk

3 biji cili api, potong kasar

1 sudu kecil sos tiram

Garam dan sedikit air

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga bertukar warna keemasan.

- Masukkan leek, kacau- kacau sikit biar masak rata. Kosongkan tengah kuali masukkan telur. 

- Kacau telur lepas tu baru campurkan dengan leek, kacau hingga leek masak dan layu.

- Tambah sedikit sos tiram, air dan garam. Boleh matikan api, siap.



dia ada bau macam daun bawang tapi rasa dia lain sedap tau







siap, sedap tau

17 comments:

  1. kalo google mmg byk kuar resepi mcm dana buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak pernah masak jadi kita cari resepi paling mudah, dan sedap rupanya

      Delete
  2. Western food selalu guna leek. Memang sedap masak apa pun.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni Dana. Thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  4. Saya lun suka leek...Manis kan walaupun berbau bawang..

    ReplyDelete
  5. Wak pun tak pernah beli atau makan leek ni

    ReplyDelete
  6. Tak keluar pula komen saya semalam di sini huhuhuu.

    ReplyDelete
  7. Nmapak menarik resepi ni..boleh cuba nanti...akak pernah masak sekali, campur dalam masak lemak cili api...memang sedap..

    ReplyDelete
  8. lokio tu yg bawah dia ada macam bawang tu kan?
    leek ni arwah mama suka tumis dulu.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah masak leek ni....masak camni simple ni...boleh try....

    ReplyDelete
  10. tak pernah beli dan masak leek. kat pasar pontian ni pun tak pernah jumpa leek

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...