Monday, January 29, 2024

MERATA-RATA POKOK KETUMBAR JAWA

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas masa dok cabut rumput perasan dah tapi masa tu ingatkan ada la 1 ke 2 pasu je tapi rupanya. Sabtu masa mencabut rumput kat pasu lain baru perasan banyak rupanya anak pokok ketumbar jawa ni ada. Banyak pasu jumpa anak dia,adeh. Rasanya bulan lepas kot ada aku biarkan sepokok ketumbar jawa berbunga sampai kering benihnya. Saja biarkan sebab masa tu pokok ketumbar dah tak banyak, tak sangka lepas beberapa minggu baru timbul hasilnya, banyak anak nya sempat singgah hehehe.

ini tempat pertama aku jumpa, ingat dia je


kat pasu daun sup pun ada, daun sup nya nak mati dah

masa sebelum cabut rumputnya, nampak kat sini ada segerombolan
lepas cabut rumput baru nampak betul banyak la ketumbar jawa nya, pastu baru sambung cabut rumput belakang-belakang tu


Ini antara induk yang ada, ni pun pokok utama dah mati tinggal anak-anak ramai


aku ingat 1 pokok je tu, rupanya tepi-tepi tu semua anak ketumbar sebab bau yang kuat masa aku cabut ingatkan rumput

10 comments:

  1. Ketumbar jawa saya suka matilah Dana. Agaknya sebab selalu disiram kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka air kak kalau hari panas tu kan mmg kering daunnya bila ptg tu

      Delete
  2. Tak pernah tanam dan x pernah guna dalam masakan...

    ReplyDelete
  3. Ketumbar jawa dengan ketumbar biasa tu ada beza ke?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. beza dekat rupa dia jelah kak... ketumbar biasa macam daun sup tu kan. Rasa dan bau sama je

      Delete
    2. Tq...ya macam daun sup. Pernah suruh suami beli daun sup dia pergi beli daun ketumbar. haha....

      Delete
  4. kita tak berapa suka masak letak ketumbar sbb anak dan suami tak suka bau daun tu.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam kakak.

    Oh itu tanaman ketumbar Jawa ya. Kadang aku lihat cuma tak tahu namanya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...