Friday, January 12, 2024

RESEPI GULAI PATIN TEMPOYAK

 Assalamualaikum semua,

Haritu masa maktek balik Raub aku ada kirim ikan patin. Memang dah pikir nak masak gulai tempoyak ni lah, tempoyak pun mak mentua maktek yang bagi. Teringin makan gulai tempoyak yang pekat dan pedas. Mudah je cara masaknya tapi rasa dia tu aduh sedapnya. 

Bahan-bahan:

1 mangkuk tempoyak

1 inci kunyit hidup, tumbuk

10-15 biji cili api, tumbuk

4-5 tangkai daun kesum

air secukupnya

1 keping asam keping

garam

1 ekor ikan patin

Cara masak:

- Masukkan semua bahan tumbuk dan tempoyak, masukkan 2 cawan air.

- Masakkan hingga mendidih, dan masak bumbunya, masukkan ikan patin

- Masukkan daun kesum, asam keping, tambah garam dan air secawan lagi. Bila dah secukup rasa matikan api. Siap

*Gulai tempoyak ni nak sedap tempoyak banyak baru la pekat, dapat lak tempoyak yang manis tak masak sgt








bau dia semerbak harum

suka aku hirup je kuah nya tu

16 comments:

  1. Sedapnya tengok air tangan orang masak. Patin tempoyak ni kegemaran kakak ni Dana.
    Kalau masak sendiri rasa kurang pulak.... agaknya dah bosan asyik makan masakan sendiri hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene mintak encik suami masakkan lah kak, ikut resepi akak... yg penting bukan akak yang masak kan.

      Delete
  2. sedapnya..hari MA masak tapi guna yg instant pack tu, rupanya senang je..mcm masak lemak cili api biasa cuma plus tempoyak yer..oooo, baru tau.. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, bahannya simple je janji ada tempoyak banyak

      Delete
  3. Aduh!!! terliur Mrs. A tengok.
    Makan dengan nasi panas mesti bertambah-tambah ni

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. nanti minta mem buat wak, tapi wak makan tempoyak tak?

      Delete
  5. uiii...lauk kayangan ni....sedap hirup kuah time hujan ni

    ReplyDelete
  6. Akak tak reti makan ikan patin, yang berunsur durian apatah lagi. Mampu tengok jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. baru tau suami maktek orang raub...ikan patin sg.pahang paling sedap Dana...kalau dah makan sekali memang tak nak yang lain.kalau ikan patin dari Jerantut lagi sedap

    ReplyDelete
  8. Tu dia.. Sedap betul gulai tempoyak..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...