Friday, December 20, 2024

RESEPI SOS BLACKPAPER DEMI-GLACE

 Assalamualaikum semua,

Maksud `Demi-glace` Demi-glas[1] (Bahasa Melayu: "separa sadur")adalah sos perang pekat dalam masakan Perancis yang digunakan dengan sendirinya atau sebagai asas untuk sos lain. Istilah ini berasal dari perkataan Perancis glace, yang, digunakan untuk merujuk kepada sos, bermaksud aising atau sadur.(kredit dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Demi-glas)

Ini pelajaran baru untuk aku, terjumpa di tiktok orang masak sos blackpaper guna serbuk demi glace ni.
 Jadi teruja nak mencuba terus beli sebab nak cuba. Demi glace aku jumpa yang serbuk peket besar 
memang agak mahal la sikit tapi guna sikit je dah bolah dapat banyak.

Bahan-bahan:

2 sudu demi glace ( campur dengan 2 cawan air)

2 sudu besar planta

Sedikit minyak masak

3 Ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 biji tomato, potong dadu

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu cair @full cream

serbuk mix herbs

gula dan garam

Cara masak:

- Panaskan minyak dan planta, tumiskan bawang putih, bawang holland dan hirisan tomato. 

Masak hingga tomato dan bawang kekuningan.

- Tambahkan serbuk lada hitam, kacau dan tambah tepung gandum. Kacau lagi biar sebati dan

masukkan susu tambahkan 1 cawan air.

- Masukkan sos demi glace yang telah kita bancuh, kacau jangan sampai melekat.

- Tambahkan gula garam dan serbuk herba campuran/

- Sejukkan boleh kisar 

Ini lah serbuk demi glace nya











Thursday, December 19, 2024

PHOTO DIARY #43/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sana sini sibuk, almaklum gaji dah masuk bersekali dengan dapat gaji baru. Sana sini sibuk bincang pasal gaji, ada yang kene potong cukai banyak ada yang tidak. Memacam hal. Dahla marilah kita layan cerita bergambar jom.

semalam petang, senyap je rupanya dah lena depan tv

nampak tak kuntum dia kene makan belalang

pokok ulam raja ada 3 pokok je tapi merimbun betul

akhirnya berbunga juga ros pengantin ni

ada pegawai pejabat ni bagi kerepek sukun, suka nya rezeki

bekalan semalam pagi, tempe goreng cicah sambal kicap

meatball bekalan hari selasa


geram tengok budak bulat ini... 

bawang putih emas, katanya bagus untuk kesihatan kalau makan

geram dengan kucing ni, manja sangat

ini tuannya, dia bawak kucing kat sekolah masa ambil kakaknya dan kucing ni baik je

cantik kan bunga ros 6 kelopak ini

budak yang bermuka bekeng

Wednesday, December 18, 2024

WW BAJU KORPORAT BARU

 Assalamualaikum semua,

Hari Rabu adalah hari untuk pakai baju korporat. Ini baju korporat baru JUPEM , mahal la jugak baju ni RM85. Hari khamis hari batik.

Dan lama tak beraksi depan cermin ajaib



logo jupem


Tuesday, December 17, 2024

ULAM BAWANG MENTAH

 Assalamualaikum semua,

Ini emak la yang suka buat ulam gini, pastu kadang bila takde lauk atau memang malas nak makan lauk memacam aku suka makan lauk gini. Bawang merah kecil tu potong boh kicap dan cili api. Lawankan dengan telur mata pun dah sedap, ini ada sambal tempe pun layan. 



nikmat dia makan menu ini.

Monday, December 16, 2024

LIMAU KUMQUAT

 Assalamualaikum semua,

Sekarang ni kan tengah musim Limau Kumquat, kalau rajin tengok di tiktok memang selalu akan ada  fyp iklan buah limau kumquat ni. Limau ni tak selalu ada, selalunya dekat akhir tahun atau dekat nak tahun baru dia akan muncul. Limau yang boleh di makan kulitnya. Bagi aku rasanya seakan jeruk limau yang merah dan kuning tu. Memang manis je sampai kita rasa hambar sebab takde rasa masam- masam hehehehhe. 

keluarga limau, ada limau barli, limau mandarin dan limau kumquat



ada kawan belikan di pasar buah Chowkit

saiznya kecil-kecil memang sebijik macam limau kasturi

masa aku bagi-bagi kt orang yang masuk kedai semua ingat ini buah limau kasturi

gini dalamnya

isi dia macam ni limau yang padat

Friday, December 13, 2024

RESEPI SOS MEATBALL ALA IKEA

 Assalamualaikum semua,

Pertama kali cuba resepi ini dan aku puas hati tau. Resepi asal takde serbuk lada hitam tapi aku tambah sendiri nak bagi ada rasa pedas sikit. Jom kita tengok resepinya dan kawan-kawan mesti cuba tau.

Bahan-bahan:

2 biji tomato potong dadu

2 sudu besar planta

1 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu 

1 kiub ayam

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan susu full cream

1 cawan air kosong

2 sudu sos tiram

2 sudu sos cili

2 sudu sos tomato

3 sudu sos blackpaper

2 sudu kicap

sedikit serbuk lada hitam

sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang holland hingga berwarna keemasan. Masukkan tepung gandum gaulkan hingga sebati dan masukkan susu.

- Masukkan tomato, tambahkan air. Masak lagi kacau hingga sebaati. Masukkan semua jenis sos tadi dan kacau.

- Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan garam. 

- Biarkan sejuk, lepas tu kisar. Bila dah kisar baru boleh guna sebagai kuah meatball.













sedap sos nya tau bila dah jadi