Friday, June 16, 2023

RESEPI LEMAK CILI API TELUR SOTONG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi menu ringkas, tapi sedap tau. Telur sotong ni aku beli dah beberapa minggu lepas baru teringat nak masak. Jom kita tengok resepinya ye

Bahan-bahan:

1 bekas telur sotong

5 biji telur ayam rebus

3 ulas bawang putih, tumbuk

15 biji cili api tumbuk

1 batang serai, ketuk

1 kotak kecil santan

1 inci kunyit hidup, tumbuk

daun limau purut

Sedikit air

garam

Cara masak:

- Rebuskan bumbu tumbuk dan serai dengan air 2 cawan, masak hingga mendidih.

- Masukkan telur sotong, telur ayam dan santan. Tambahkan air secawan lagi, garam daun limau purut. 

- Masak hingga mendidih sikit kuahnya boleh matikan api.






10 comments:

  1. wah! Pasti sedap menu ni sbb lain drp biasa.

    ReplyDelete
  2. Wah...tak pernah beli/masak telur sotong.

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah pula jumpa orang jual telur sotong di sini. Kalau sotong yang ada telur dalam, mahal harga, saiz besar-besar, kan. Sedap, resepi Dana ni. Masak lemak. Suka, suka!

    ReplyDelete
  4. Dana beli telur sotong kat mana....sedapnyaa....ada yang repeat nasi kandar lagi ni kang

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok org jual sotong bersama telur nya. apatah makan telur... tapi tgk masakan Dana ni, cfrm sedap

    ReplyDelete
  6. Ya ampun!
    Sedapnya telur sotong. Kenyal berlemak.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...