Friday, June 30, 2023

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Assalamualikum semua,

Maaf aku terlupa nak up pasal resepi ayam percik ni, biasala bila dah cuti kat kampung mula la lupa semua. 

Oklah jom aku kongsikan cara aku masak ayam percik kelantan. Aku masak guna oven tau,sebelum ini aku pernah kongsi cara pakai magic pan. Aku guna oven nak mudah kerja, bakar je semua.

Bahan-bahan:

6 keping ayam bahagian tight dan peha, 4 ketul peha
6 biji bawang merah besar,kisar
5 ulas bawang putih,kisar
5-6 batang serai,kisar
2 sudu cili boh
1 ketul kecil, gula melaka
2 keping, asam keping
2 kotak kecil santan
Garam
Minyak

Cara masak: 
- Ambil suku bahan kisar dan campur sedikit garam, perapkan dengan ayam untuk 30 minit ke 1jam.
- Sambil kita perap tu kita masak kuah dia, lebihan bahan kisar, tambah cili boh, gula melaka dan santan masak hingga pekat. 
- Boleh tambahkan sikit air masuk asam.keping.  Garam akhir sekali bila dah pekat dan cukup rasa asingkan dalam 1 mangkuk kuah.
- Celupakan ayam dalam kuah percik dan bakar dalam oven, Tambahkan kuah percik atas ayam bakar, balik-balik kan ayam dan tambah kuah percik.
- Masak suhu 200-230 untuk sejam. Siap masak, siram kuah atasnya sebelum dihidang.

Perapkan dulu ya
Masak kuah percik
kuah dah masak kita ambil semangkuk
Celup ayam dalam kuah sebelum susun dalam oven
Susun dia jangan lupa tambah kuah percik lagi

Nampak menggoda tak

Bakar dalam oven

5 comments:

  1. amboi bergelimpangan dalam oven, confirm sedap! saya sgt suka ayam percik sebab kuahnya.

    ReplyDelete
  2. Yeay..dah dapat resepi....thanks Dana

    ReplyDelete
  3. Lama saya tak makan percik. Dan lagilah lamanya tak buat ayam percik.
    Jamu mata di sini sajalah ya Dana.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...