Friday, September 17, 2021

RESEPI SAMBAL BAWANG GULA MERAH

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini perut meragam sikit, pagi tadi sampai pejabat pukul 7.30 tapi dari duduk bilik dah 3 ke 4 kali berulang ke tandas. Memulas perut sampaikan rasa seram sejuk, menggigil menahan sakit. Masukkan kerja yang sempat dibuat ke dalam bilik boss lepas tu bagitau dia minta cuti rehat. Dia kata ok, pukul 8.45 pagi terus lah balik rumah, sambil menahan sakit perut. Entah silap makan apa, tapi Edy dengan Aiyan ok je.

Aku kongsi kan menu sambal yang Makyan pernah ajarkan. Dia kata tengok resepi ni di you tube dari Indonesia dia cuba buat, sedap dan semua suka. Mak aku pun dok puji je kesedapan sambal ini. Memang sedap, wajib kawan-kawan cuba.

Bahan-bahan:

15-20 biji cili api hijau,kisar

10 - 15 biji cili api bangla, kisar

1 ulas bwg putih,kisar

3-4biji bwg merah kecil, kisar

1 biji bwg merah besar,kisar

Minyak

Garam

2 sudu besar merah

Cara masak:

- Kisarkan cili api, bawang merah dan putih dengan minyak hingga hancur, kisar kasar kalau nak tumbuk pun boleh. Jangan guna air, kisar dengan minyak

- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tadi dengan api kecil hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan gula merah, garam dan serbuk perasa kalau suka.

- Bila dah secukup rasa boleh matikan api, dan siap

Bahan utamanya

Kisar kasar, tapi aku terhapus pulak

Tumiskan hingga pecah minyak

Api kecil sedang

Dah pecah minyak, masukkan gula merah dan garam


Dah siap....bau dia sedap


Makan macamni pun sedap, wajib ada ulam tau mau bertambah nasi

32 comments:

  1. senangnya..boleh la cuba nanti. semoga Dana cepat sembuh dan tiada apa apa yang serius

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat baik sakit perutnya tu kak. Aaminn..
    Nampak cantik warna sambal bila letak gula merah tu. Best makan sambal macam ni. Penambah selera makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Fizah... bila letak gula merah terus tukar warna

      Delete
  3. belum pernah cuba buat sambal bawang camni. pasti akan dicuba sbb nampak mcm sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nanti ya cikgu, kurang kan cili kalau tak tahan pedas

      Delete
  4. wah sedap makan dengan nasi. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. Eh senang jer cara buat dia...nak cuba buat la nanti...kalau nak derhaka bleh x..letak ikan bilis goreng ..hehehe

    ReplyDelete
  6. Syafakillah Dana.
    Simple je cara buatnya dan nampak sedap
    Gambar last sekali tu mengundang betul adoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mudah buatnya kak, bahaya boleh tambah makan

      Delete
  7. Ulam kacang botor..ulam pucuk ubi celur,nyum nyum

    ReplyDelete
  8. Senang je cara buat dia, nampak punnn sedapp. Makan dengan nasi panas panas lagi sedapppp!

    ReplyDelete
  9. kalau boleh..nasi jangan tambah..

    memang berat tetapi perlu dilatih.

    nasi sumber karbo dan gula yang tinggi.

    karbo yng tinggi jika tidak dibakar dengan sempurna menjadi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, xsemestinya makan sambal sedap nasi kene tambah lagi, iti cuma ungkapan je

      Delete
  10. kiranyaa..jd x bpe pedas ye kak dana..haaa tq sharing kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasa manis tuh tapi pedas ada jugak sebab boh cili bangla tu

      Delete
  11. Jarang guna gula merah. Bolehlah ikut resipi.

    ReplyDelete
  12. masak guna gula merah automatik sedap, lebih2 lagi sambal.

    ReplyDelete
  13. Cantik kejadiannn sambal bawang gula merah.
    Rasa gula merah lebih sedap campur dengan cili.

    ReplyDelete
  14. senang cara memasaknya.. Boleh dicuba nie nanti..

    ReplyDelete
  15. sambal gini buat mkn nasi bertambah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...