Wednesday, September 22, 2021

HUJAN BERANGIN MALAM TADI

 Assalamualaikum semua,

Malam tadi aku tidur awal, pukul 10 lebih dah tidur sebab pagi nak bangun awal untuk masak sarapan. Edy dah mula kerja penuh, masuk kerja pun awal buat masa ni minta Maktek jagakan Aiyan. 

Masa nak solat dalam bilik tepi aku nampak pokok kacang botor senget, terpikir hujan lebat kot. Keluar rumah nampak basah depan pintu, pokok asparagus aku sampai tumbang. Memang hujan berangin malam tadi, kat parking pun nampak banyak ranting kayu jatuh. Mujur tak kena kereta aku.

nampaknya aku kene pangkas daun asparagus nih sebab jadi berat kalau angin kuat, habis tumbang dua pasu tu

Nampak tu pokok kacang botor dah senget gitu, mujur lah tak jatuh bawah tu ada kereta... naya je

Senget begini dah, aku suruh Edy potong je... takut hujan lebat lagi siang nanti, pokok limau purut jiran sebelah tu pun nampak senget 

24 comments:

  1. ALHAMDULILLAH HUJAN RAHMAT KAT SERENDAH HUJAN JUA MALAM TADI REDAKAN BAHANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang banyak tempat hujan lebat ni kak...

      Delete
  2. Replies
    1. tulah pasalnya... mujur tak tergolek yang atas rak

      Delete
  3. kat sini pun dr mgu lepas asyik hujan je dana.. adalah sehari x hujan pastu hujan lagi.. kdg² balik keja tengok basah je jalan x sedar hari hujan dok dlm opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini pun memang hujan malam tapi selalu idok la sampai kuat sangat anginnya kak... kalau siang memang perasan hujan sebab pejabat dana ada tingkap

      Delete
  4. Malam tadi hujan lebat dalam jam 12 lebih. Memang dengar angin pun kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak sedar betul, selalunya kalau hujan lebat akak sedar...

      Delete
  5. kat area office ammi ni pun hujan lebat kot. tengok atas jalan punyalah banyak daun. ada pokok kecik tumbang depan lobby office. kat laluan nak ke pintu office ammi pun penuh air

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rasanya kl- selangor malam tadi hujan lebat

      Delete
  6. Musim dia la ni..kat tempat akak pun hujan tiap malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak dah musim hujan.. siang hari panas terik

      Delete
  7. Bahaya juga kan. Sini pun ada pokok pisang tumbang. Mana pokok-pokok besar, dahan sudah dekat dengan rumah dipangkas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangin kuat betul tu kak, sebab sebelum ni hujan lebat tak pernah sampai tumbang pokok asparagus tu, mujurla pokok bunga ros selamat

      Delete
  8. Rsanya sekarang ni dah pun masuk permulaan musim tengkujuh.. banyak tempat dah menerima hujan termasuj juga tempat saya. Kadang-kala lebat sekali dengan kilat dan guruh.. moga hujan yang membasahi bumi ini menjadi hujan yang bermanfaat buat semua penghuni bumi.. insyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ustaz, tapi kadang hujan yang terlalu lama boleh jadi bahaya jugak.. hari tu di kemensah ada beberapa rumah runtuh , moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya

      Delete
  9. https://madey09.blogspot.com/2021/09/p-produk-halal-sijil-logo-yang-original.html
    Jemput gali gali rezeki ya..klik ling..
    Saya dah letak dalam Bloglist baru ya

    ReplyDelete
  10. Teringat rumah kakak Etuza apartment di Inanam Kota Kinabalu..style sama

    ReplyDelete
  11. iyea kak hujan lebat gila maalm tadi..kain langsor kite kne kipas..terus terjaga kite takot

    ReplyDelete
  12. Baru baca ..semoga tiada kerosakan berlaku agin tu..pasu rebah tu boleh ja susun semula

    ReplyDelete
  13. kak ana sedar gak semalam hujan Dana, tapi tak lah lebat dan ribut :)

    ReplyDelete
  14. Memang hujan lebat betul pokok pokok pun senget. Bahaya jugak tu kalau dahan dahan pokok jatuh hembap kereta.

    ReplyDelete
  15. Ha a mmg ada hujan lebat Baru Baru ni. Hujan lebat ni kalau kat kg seram lah takut pokok durian tumpang… kat bando pokok kecik yg tumbang ok lagi hihi… tp kalau kena keta org mmg seram

    ReplyDelete
  16. lebat ujan tu.. sampai senget2 pokonya. btw, segar2 nmpk pokok tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...