Friday, September 24, 2021

RESEPI PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA

 Assalamualaikum semua,

Aku ni dah lama teringin dan teringat nak makan pais. Selalu ada kawan aku yang jual ikan pais dari Temerloh sebab emaknya ada kedai makan tapi dah lama dia tak jual. Hari tu Maktek bagi pais, sedapnya tapi rasa macam tak puas makan. Kat rumah ada lagi tempoyak, jadi aku buatla sendiri cuma tukar guna ikan talapia.

Aku kongsikan resepinya yang mudah yang amat.

Bahan-bahan:

6-7 sudu besar tempoyak

2 ekor ikan talapia, kelar-kelar

1 inci kunyit hidup, tumbuk

20 -30 biji cili api, tumbuk

sedikit garam

6 helai daun kunyit

Aluminium foil

Cara masak:

- Campurkan bahan tumbuk dengan tempoyak, tambahkan garam gaul hingga sebati

- 2 helai daun kunyit hiris kasar dan campurkan dalam tempoyak tadi

- Ambil aluminium foil 2 lapis, susunkan daun kunyit lepas tu lumur ikan dengan tempoyak tadi dengan rata, sebelum tutup dengan alumium foil letak 1 helai daun kunyit atas ikan dan bungkus.

- Perapkan selama 30 ke 1 jam ikan nya, lepas tu bakar. Aku gunakan magic pan je, masak agak- agak dengan api kecil sedang setiap bahagian selama 10 ke 15 minit. Kalau ikan besar tambah masa lagi gunakan api kecil

Bawah letak daun kunyit jangan lupa lumur ikan bahagian dalam jangan lupa bagi tempoyak

Kalau ada daun kunyit besar boleh balut ikan

Malas nak bakar kat oven, guna magic pan je

Dah siap...bau dia aduh sedap


Lembab je isi ikan nya, aku tak tambah gula sebab tempoyak ni dah ada rasa sedikit manis dan masam

Sedapnya aku ratah gitu je... 

29 comments:

  1. bau dia mesti semerbak...ahhh sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul semerbak dengan bau daun kunyit, bau tempoyak

      Delete
  2. Sedapnya tu. Abe kie ni x makan durian. Tp gulai masak tempoyak buleh je makan...

    ReplyDelete
  3. ammi ni tak genglah dengan tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ammi tengok je ek, kotla nanti dah geng baru cuba heheheh

      Delete
  4. Wahhh Dana...ni dh terlebih rajin ni..terseksa tekak ni memandangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, kebetulan tengah ada tempoyak kat rumah

      Delete
  5. Stok tempoyak dah tak de… kena carilah nampak gayanya. Terliur pulak tengok ikan bako tempoyak hang ni Dana…

    ReplyDelete
  6. huhu tempoyak wak kureng sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang joho selalu xminat sgt tempoyak,kalau lempok minat kan

      Delete
  7. Walaupun tak pernah makan, tapi baca resepi dan tengok gambar je pun dah terasa-rasa kesedapannya Dana 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot la ke kedai masak tempoyak selalu nya ada pais ni kak

      Delete
  8. Lama tak makan ikan masak pais. Tak pernah cuba pulak campur tempoyak. Kat kampung biasa guna ikan lais. Kalau kat kampung dapat jugak kita balut ikan guna daun kunyit kan kak. Luar dia balut daun pisang. Perghhh memang sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah daun pisang tarak boh pakai aluminium foil pun jalan, mujur ada daun kunyit banyak bau sedap

      Delete
  9. teringat wife ada masak ikan cara ini..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak jenis bakar gini mesti sedap cikgu hehehe

      Delete
  10. Wahhh paling favourite tempoyak ni , terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  11. Haah sedap ikan pais. Itulah apabila tidak boleh beli kenalah buat.
    Alhamdulillah Dana buat sedap.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak makan pais ikan air tawar

    ReplyDelete
  13. Cara masak beginilah yang akan menghasilkan rasa yang sedap!

    ReplyDelete
  14. X prnh makan pais tempoyak ikan talapia ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...