Friday, September 3, 2021

RESEPI AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah sambil mikir nak masak sarapan apalah. Gitu lah kerjanya kang hujung-hujung suruh Edy bungkus hahahha.

Aku nak berkongsi aku masa gulai tempoyak, takde ikan guna ayam je. Hasilnya memang best


Bahan-bahan:

1biji bawang besar,kisar

2 ulas bawang putih, kisar

10-20 biji cili api, kisar ( ikut pada tahap kepedasan masing-masing)

2 inci kunyit kisar

2 helai daun kunyit

5 sudu besar tempoyak

Air secukupnya

3 keping, asam keping

Sedikit gula dan garam 


Cara masak:

-Masukkan bahan yang kita kisar dalam kuali dan masakkan dengan api sedang dalam 10 ke 15 minit

- Masukkan tempoyak,  tambah sedikit air, kita kacau biar sebati lepas tu masukkan ayam

- Bila ayam nampak dah masak,masukkan daun kunyit dan asam keping, perasakan dengan garam dan gula. Biarkan masak untuk 10 ke 15 minit lagi baru matikan api.



Lagi banyak tempoyak lagi sedap





Dah siap... 

32 comments:

  1. Tentu sedap agaknya ek yang minat tempoyak
    Tapi wak tak pernah makan tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu wak, dana dulu pun tak pernh makan tempoyak duduk merantau baru kenal

      Delete
  2. peminat tempoyak mst suka ni dana... akak ni x mkn tempoyak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya ggulai tempoyak..tapi kat phg gulai tempoyak xmasuk bawang2..boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memamg pahang tak boh tapi saja boh sikit heheheh

      Delete
  4. Biasa dok mkn ikan or sambal tempoyak ja dana

    ReplyDelete
  5. Sedap pekat memikat betul lauk ayam masak gulai tempoyak kak Dana ni. Saya kurang sikit makan tempoyak. Boleh makan cuma kurang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru reti makan tempoyak ni dik, duduk kl baru kenal

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Wah, gulai tempoyak ni memang feveret. kalau taruk daun, kesum dan belimbing buluh lagi sedap kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ustaz, lain kali kita boh daun kesum pulak... belimbing buluh takde stok kat rumah

      Delete
  7. Kalau saya, kurang sikit makan lauk tempoyak ni, tapi kadang kadang makan la jugak bila takde lauk lain dah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu tak reti makan, tapi skrg dh kira layan la heheheh

      Delete
  8. sy ngn tempoyak ibarat musuh.. dh try rs mmg xleh mkn.. sy pon xtau ngape tempoyak xsuka sy.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yelah kadang mmg ada yang tak boleh terima dgn tempoyak nih

      Delete
  9. alamakk!!! macam sgt2 sedap ni Dana. saya tak pernah masak lagi camni tapi ayam dan tempoyak memang kegemaran. tak pernah rejek

    ReplyDelete
  10. Sembut tempoyak teringat patin tempoyak temerloh..bila lah boleh balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu yek tempoyak patin kat temerloh mmg terbaik...

      Delete
  11. bestnya. akak teringin nak masak cam ni. tapi kat rumah tak ramai yg suka tempoyak. beli je lah nampaknya.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya Dana!
    Semerbak aroma tempoyak. Lagilah ditambah daun kunyit. Gerenti makan tak toleh kiri kanan dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak... hehehe tgh ada banyak tempoyak memacam kita buat

      Delete
  13. Bau tempoyak sampai sini Dana oii.. berkeriuk perut nengoknya

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan pulak ayam masak tempoyak. selalunya ikan keli dengan ikan patin je

    ReplyDelete
  15. Pekat betul gulai dana.. sha tak pernah makan gulai tempoyak ayam.. selalu makan ikan je..

    ReplyDelete
  16. kena try ni... kalau tak, tak berusik la tempoyak kami

    ReplyDelete
  17. interactive-flat-panel
    Adopt full aluminium alloy panel structure, anodized surface process, ultra-narrow frame, rounded corner design, fashion and beautiful appearance
    4mm tempered glass with anti glare 3.Advanced IR 20 touching technology.
    The OPS host module adopts plug structure design, internal Inter standard 80pin interface, without any external power line and signal line, which is convenient for inspection, maintenance and upgrade, and achieves the aesthetic effect of the machine
    Front side interface: Public USB*3,Touch-USB*1,HDMI*1
    Front 8 buttons: POWER ,Input ,Menu, V+, V-, ECO, Home, PC-POWER(Power button for OPS PC only)
    Front side speakers, Prevents noise distortion due to embedding
    Adopt a high-performance infrared touch technology with anti-blocking and anti-stain functions, and the touch reception will not affect normal writing after blocking at single or multiple infrared transmitting points;

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...