Thursday, September 9, 2021

PHOTO DIARY #33/2021

 Assalamualaikum semua,

Rasanya baru je masuk bulan 9 tapi eh dah nak masuk tengah bulan rupanya. Cepat betul masa berlalu, mungkin sebab banyak berkurung di rumah jadi masa tu cepat berlalu tanpa ada lakukan aktiviti yang best. 

Takmo bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

Ada kawan beritahu daun sup kene selalu petik kalau tidak dia akan cepat rosak, itu aku pun kutiplah. Tapi memang betul dia jadi tumbuh baru dah makin subur

Percubaan semai pokok bunga ros dari batang, ini MakNgah la yang hasut aku


Dia ajar aku ambil batang yang dah tua atau matang untuk semai, aku pun cuba nasibla

Ini semua pokok ros yang adik aku semai kat kampung, yang dia bulatkan tu dia semaikan ros pengantin untuk aku... 

Projek sabtu lepas, semai semula bayam brazil, yang lama ini ambil batangnya pastu yang lebih buang sebab ada yang tanahnya dah ada kulat

Dah tengahari buta baru aku buat, Edy buatkan pasu dengan bekas sabun lama... 

Aku ada pesan rak bunga tapi tak sampai lagi, jadi letak kat bawah dulu lah... ini letak belakang rumah

Teringin lak rasa makan buah tempatan yang tengah bermusim, duku terengganu dan duku kelantan

Selain buat masak sup, masa masak maggi pun aku letak daun sup banyak-banyak... itu Ginger pun sibuk nak tumpang makan sekali

bunga ros merah tu akhirnya berkembang, besar dah bunganya

setiap malam selasa dan jumaat, bagi mereka makan makanan basah @ wet food 

mehun goreng wajib lawankan dengan sambal kicap

kudapan petang semalam, jejemput kentang


semalam petang rak 7 tingkat yang aku tunggu hampir 2 minggu terperuk di gudang jnt, ini rak nak letak pasu tapi budak-budak ni memang suka panjat la

Sabtu tengahari dapat wassap dari abah, mula-mula aku tengok gambar ni aku ingatkan abah dok buat aktiviti ke game apa dalam bot gini, pastu bila baca semula baru perasan... ini abah pergi bagi bantuan pada mangsa banjir

Ada beberapa kampung dalam kawasan yang abah jaga dilanda banjir, terutama yang jenis tanah liat dan duduk berdekatan sungai... ada lah adalam 8 rumah yang kene banjir

Kelmarin MakNgah tunjuk gambar buah mata kucing petikan akhir, akak nya ni mampu tengok jelah mujur dah rasa hari tu

22 comments:

  1. tk mkn lg buah duku..nmpk dh kwn2 share lately

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, tengah murah jugak... 3 kilo rm10, ada yang 2kilo rm10... puas makan

      Delete
  2. Sekuntum mawar merah..dibulan september..
    Mak aiiii ramainya kucingsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mawar merah yang ditunggu2, heheheh ye kak ramai kucing dari manusia dalam rumah tu

      Delete
  3. kalau dah berkebun ni bila ada mood memang berlamaan kat situ sampai puas hati. makin banyak tanaman kak dana ni. Bagus gak beli rak pasu tu. Jimat space. Meriah betul rumah dengan kucing. seronoklah dorang dapat makan wet food.
    Johor ada kena banjir jugak ke baru baru ni. Sebab kerap hujan beberapa hari ni kot. Makin sibuk ayah akak dah ada tanggungjawab baru. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. - itulah kalau dh mula berkebun tgri pun langgar...
      - tapi rak tu kalau yg pasu besar tak boleh dik, mau roboh hahhaha..
      - tulah atok nya kata nk bagi org tapi bila tanya bila nak bg org...senyap je atoknya
      -ada aritu adik akak kata seharian hujan je mana yg dekat ngn sungai mmg naik air
      - itulah banyak dh tanggungjawab kene di galas abah akak, xreti duk diam

      Delete
    2. Sesekali takpe, susun elok cantik sedap mata memandang. Tapi kan dia kalau dah propagate makin besar cita cita nak menambah pasu lagi. hihi
      Sesuai untuk pasu herba herba okaylah kan. Tak semak dan tak kena kacau letak bawah.
      Sayang lah tu nak bagi kat orang.
      Ohh Segamat takde pulak air naik. Belah sana kot yang ada banjir.
      Dah ada pangkat baru kenalah jalankan tanggungjawab. mesti penat tu. Semoga sihat selalu. Aaminn...

      Delete
  4. Suka tgk poko Dana semuanyahijqu merimbun. Jadik semuanya tu. Senang nak pakai kan petik2 depan umah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg ada jugak tak jd kak kekadang tu hhehehehe

      Delete
  5. Mesti wangi je bau daun sup tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cuma pokok ketumbar je yg selalu xde jodoh

      Delete
  6. Memang kena rajin petik daun sup tu supaya rajin keluar tunas barharu.
    Bunga ros tu....bahagia rasanya kalau dapat lihat hasil tanaman berbunga subur dan cantik!
    Rajin abah Dana melibatkan diri dalam kerja2 kebajikan membantu mangsa banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, makin petik makin subur dia... bunga ros mmg bunga kegemaran dana dari dulu... skrg baru berani bela
      Abah kene buat kerja tu sebab tanggungjawab dia sbgai ketua kampung

      Delete
  7. Aiyan takde ke?
    Dah ramainya kucing Dana
    Kena sunat sekor2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde wak,aiyan cuti amik gambo heheheh... yg jantan dh sunat semua dah jd sajat dh

      Delete
  8. rajinnya kakdana berkebun!

    dpn umh sy ada pokok duku.. mggu lps abg ipar dh panjat..
    dpt la 2-3bakul.. xtahan nya semut byk.. huhu
    sedap duku kalo start mkn xbenti!. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pkp lah dia jadi gini....banyak sgt masa luang

      Delete
  9. Baguslah dana tanam mcm2 pokok. Mcm abe kie guna konsep kitchen garden. Tanam benda2 yg selalu guna spt cili, pandan, kesom dsb ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami konsep edible garden abe... tanaman asas memang tanam cuma tulah tambah memacam yg boleh ditanam dan ambil hasilnya

      Delete
  10. mesti wangi megi kak dana bila letak daun sup tu. Dulu masa tanam kucai, merata lah taburnya sebab naik banyak. Cantik lah bunga ros akak

    ReplyDelete
  11. Ya Allah meriahnyaaaaaa rumah kak dana dengan kucing kucing tuuuuu! Geram kita tengok sekor sekor hahahahaha.

    ReplyDelete
  12. Rajin betul Dana menanam.. kemas je bila ada rak nantikan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...