Monday, September 13, 2021

JENJALAN CUCI MATA ATAS BUKIT

 Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas sepatutnya aku ada kene ambil darah di Klinik Kesihatan tapi bila sampai tu klinik tu tutup. Ada di tulis yang dibatalkan untuk pengambilan darah pada tarikh 10/9/2021. Udahla awal pagi, dalam pukul 7 lebih dah sampai, jadinya masa nak balik rumah tu ajak Edy pusing-pusing atas Bukit Antarabangsa. 

Ini antara gambar yang aku ambil, cantik betul pemandangan dari tempat tinggi ni. 

Kena ambil darah pukul 8, kita datangla awal rupanya... apa lagi balik lah

Budak yang kene bangun awal, kalau tidak pukul 9 baru bangun... itulah asyik tidur lewat je 

Gambar di puncak Bukit Antarabangsa

nanti ada masa kita pergi sini lagi... tak puas tengok pemandangan

Tumpang ambil gambar kat parking rumah mewah ini

turun sikit nampak pemandangan ini


rumah terbengkalai, sayang betul kalau dapat diduduki mesti cantik sebab pemandangan cantik sangat

Ini pulak dari puncak Ukay Perdana


rakaman rumah terbengkalai tu, seram tau sebab redup je 
 

28 comments:

  1. Serius la cantik pemandangannya...lamanya akak x pi hiking...tunggu complete dose la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak ramai dah geng-geng hiking dah merata pergi

      Delete
  2. Banyak klinik yang tutup sekarang ni. Yang appoint doktor semua postpone. Susah juga dah datang dah cuti tapi dapat notis macam ni pulak. Susah payah datang. Kalau ada servis text inform awal okay juga kan. gara gara covid semua terganggu. Errmm..sabar je lah kan. Kesian Aiyan kena bangun pagi.

    Dapatlah juga menikmati permandangan pagi atas bukit. Seram betul tengok rumah tu. Seram sebab terbengkalai mesti ada penghuni, lagi satu seram sebab tepi bukit tu. Gayatnya lahaii..selamat ke tidak tu. Saya dah terbayangkan akak rakam tiba tiba nampak something. Jauh sangat saya fikir. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu klinik kesihatan biasa ni jarang tutup, tapi dia tulis ada perlu buat sanitasi... sebab selalunya kul 7 lebih dah buka walaupun mula pukul 8. ye alang-alang nak balik rumah memang lalu jalan situ tapi saja naik bukit sikit buat tengok pemandangna

      Delete
  3. Hehe hikmahnya dapat berjalan-jalan keliling Bukit Antarabangsa.
    Agaknya angin Aiyan kena bangun awal kecuali beritahu awal-awal malam sebelumnya.
    Rumah terbiar memang seram. Pernah buat banci rumah, ada rasa tidak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu je ke bukit antarabangsa tapi tak pernah sampai ke puncaknya... kali ni saja pusing keliling sikit...

      Delete
  4. cantiknya permandangan..
    syg umh terbengkalai tu.. kalo repair msti cantik..
    dgn views nya cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa rumah tu tak lulus cf kot dik, sebab macam dekat lereng sangat... entah tak nampak ciri keselamatannya... lagipn dah lama sangat entah berapa lama terbiar gitu , kalau dah buat elok mahu ke orang duduk

      Delete
  5. Cantiknya view...sejuk ja mata memandang lihat pemandangan hijau

    ReplyDelete
  6. lama dah tak ronda2 bukit antarabangsa, giant tu ada lagi ke Dana hehe :) dulu ada food court artis2 kan tepi jalan Ukay tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. giant tu ada lagi kak, antara pasaraya yg paling selalu kami beli barang... food court artis tu takde dah kak... lama dah tutup

      Delete
  7. Mesti ada 'kawan' kat rumah tu kan.. Tu yg seremmm je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe musti ada ammi, dah lama sangat kosong kan

      Delete
  8. Hutan batu yang masih ramai kehijauannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar rumah kami tu dikelilingi hutan simpan ukay perdana lagi wak

      Delete
  9. Sian aiyan kena bangun awal, tapi takpe boleh ikut mama papa tengok pemandangan.
    Rumah terbengkalai tu macam pernah viral sebelum ni rasanya, tapi sayang jugaklah kan rumah rumah dekat situ sebab dibiar gituuu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kalau idok takkan mahu ditinggalkan sendirian di rumah hhehehe... rumah terbengkalai tu ada viral di tiktok ramai yang pernah ambil video

      Delete
  10. Cantiknya pemandangan. Tenang je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu Cici, tenang je tengok kalau dapat tengok pemandangan malam mesti lagi cantik

      Delete
  11. Hahahaaa... nak gelak tengok budak suka bangun jam 9 tu. Comel jew dia.
    Suasana hijau memang sedap mata memandang. Tenang saja. Dapatlah hirup oksigen bersih.

    ReplyDelete
  12. ooo..inilah kawasan rumah yang viral kat tik tok tu... sayangnyaaa

    ReplyDelete
  13. rumah ditinggalkan..kdg2 seram je tgk lagi2 dah buruk bangunan dia..huhuu

    ReplyDelete
  14. sayang je kan bila tengok bangunan terbengkalai macam tu..

    ReplyDelete
  15. cantek dan damai je nampak pemandangan atas nun.. kami pun kalau nmpk rumah2 yang cantek view, rumah yg lawa tapi takde penghuni mmg rs sayangnya takde org duduk..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...