Tuesday, March 31, 2020

PAKSU YANG RINGAN TULANG

Assalamualaikum semua,

Harapnya kawan-kawan semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini aku nak cerita pasal paksu. Nampaknya sebulan la dia akan duduk dengan kami. Maktek memang suruh dia duduk dengan aku, makan pakai terjaga katanya. Yelah dari sarapan makan tengahari minum petang dan makan malam tak pernah miss. 

Aku ok je, sebagai kakak sulung aku rasa bertanggungjawab untuk jaga dia. Bila dah duduk dengan kaklong memangla kene dengar kata kakak kan. Kat rumah ni dia memang ringan tulang, sekali je kakaknya suruh laju je dia buat heheheh. 

Bak kata adik-adik aku bila kami buat videocall, mana tak rajin duduk dengan singa hahahah.... 

dari duduk sesaja lipatla kain, sejak duduk asrama ni makin cantik lipatan baju dia

Pagi atau petang sebelum dia mandi aku minta tolong potong rumput yang dah makin panjang... hehehe

Bak kata paksu kalau tak buat kerja tak dapat makan hahahah...
Itu jawapan dia bila kakak-kakaknya ngusik rajin buat kerja

Pagi tadi nampak dah tahap kebosanan, itu suruh dia siram pokok tepi rumah

Monday, March 30, 2020

RESEPI TAUHU BERLAUK

Assalamualaikum semua,

Maafla ye kawan-kawan, dah cuti ni entry pun ikut dan. Rasanya memang akan ada banyak perkongsian tentang resepi ye hehehe. 

Teringin nak cuba tauhu berlauk yang ramai orang buat. Cuma resepi aku tak cukup bahan, tapi ini aku kongsi resepi yang cukup bahan tau. Bagi aku rasa tahu berlauk ini memang sedap dan menarik untuk dicuba.

Bahan-bahan
3 ketul tauhu keras,kisar
3 tiub tauhu telur, kisar
2 ketul dada ayam, kisar
3 biji telur, kisar
1 batang lobak merah cincang halus
Daun sup cincang halus
1 biji bawang merah cincang halus
Kiub ayam
Serbuk lada hitam
Garam

Cara masak
- campurkan semua bahan yang kita kisar dan semua bahan lain dalam bekas dan gaulkan hingga sebati.
- masukkan dalam loyang yang telah di sapu planta, dan kukus untuk 15 ke 25minit
- setelah sejuk potong tauhu dan gorengkan dengan bancuhan tepung atau dengan telur seperti goreng bergedil.

*kalau ada bekas kecil untuk kuih lompang boleh guna sebagai tempat acuan untuk di kukus, supaya tak perlu di potong.

Lobak merah tu patut kenr cincang halus lagi

Siap untuk dikukus

Yang sudah siap dikukus

Aku goreng dengan tepung beras dan tepung gandum, ranggup si aiyan pun suka

Sunday, March 29, 2020

MENYIPUT BERSAMA-SAMA HARI KE8 PKP

Assalamualaikum semua,

25hb mac bersamaan PKP hari ke 8 aku buat siput. Untuk kudapan orang di rumah, nasibla ada paksu yang ringan tulang la tolong kakaknya ni. Cepat siap siput tu bila ada yang tolong. Aku buat dalam kul5, kul 7 lebih siap goreng semua.  Laju je aiyan dan paksu bedal lepastu. 
Nak kene buat lagi beberapa jenis kudapan untuk orang di rumah ni.

Walaupun mula-mula agak lambat tapi oklah dari kakaknya buat sorang

Si aiyan pun sibuk nak tolong, walaupun siput dia besar gabak

Aku tinggal goreng dan jaga siput dalam kuali

Siap pun semua, buat 1 kilo je

Goreng api sedang je kalau besar sangat kang tepung tak masak

Saturday, March 28, 2020

MENU MASAKAN DI WAKTU PKP

Assalamualaikum semua,

Sepanjang waktu PKP seminggu tu aku rasa boleh lagi survive tapi masuk minggu kedua aku dah rasa tepu otak ini. Selalu pergi kerja dapat jumpa kawan semua rasa lain sangat bila cuma duduk rumah.

Aku nak kongsi dengan korang menu sarapan dan makan tengahari yang aku masak. Walaupun menu simple tapi buat aku berpeluh juga. Aku dah semakin kekurangan idea nak masak apa ni. Nasibla edy, aiyan dan paksu tak cerewet. 


menu hari ke 4 tak silap, nasi minyak, ayam masak sos dan acar

Menu hari ke 5 mee goreng penuh tauge

Menu tengahari pula gulai kuning ikan aye dan sambal nasi berlauk

Sarapan hari ke 6 aku masak lempeng dengab sambal sardin

Ayam masak kicap dan sambal goreng jawa

sarapan hari ke 8 atau ke 9, tak ingat dah... spiral dengan cheese and herbs

Asam pedas ayam dan telur dadar

Menu sarapan hari ke 9

Nasi planta dan ayam percik menu tengahari

Sarapan pagi ini nasi lemak dan telur dadar

Friday, March 27, 2020

HAPPY 10TH ANNIVERSARY

Assalamualaikum semua...

Semalam 26 mac 2020, genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan kami. Pahit manis susah senang tawa tangis kami dah harungi bersama. Harapnya ikatan ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Kami bercinta masa di uitm jengka, bila aku grad kami terputus hubungan lama dari 2003 hingga jumpa semula pada tahun 2008. Panjang ceritanya, cukup kalau aku ceritakan mungkin memang dah jodoh kami.

10tahun dulu saiz semua dah naik seganda hahahah

Tahun tu warna silver tengah top

Aku di hari pernikahan.. 

Thursday, March 26, 2020

TANAM TAUGE SENDIRI

 Assalamualaikum semua,

Mana la hilang entry tauge aku ni sebelum ini.. jadi lain lak... ginila bila guna hp nak buat entry ni. Aku kene taip semula... maafla kawan2...ter tukar dengan entry annivesary aku

Bahan untuk tanam tauge:

1 mangkuk kacang hijau rendam semalaman dan toskan
Tuala goodmorning
Periuk pengukus

Cara sediakan:

- bentangkan tuala pada pengukus dan ratakan kacang hijau, tutupkan kacang dengan sebahagian tuala
- siramkan air pada kacang tu sehari 3 ke 4 kali, lagi banyak lagi bagus
- jangan lupa sentiasa buang air dalam takungan setiap kali siram air supaya tidak berbau
- kene simpan dalam tempat gelap, dalam masa 3 ke 4 hari boleh la tuai

Kacang lps direndam

tutupkan macamni ye

Siram air dengan banyak

Simpan di tenpat gelap

selepas 2hari


Hari ke3
 Hari ke 3
Hari ke 4

Selepas di tuai

Kiri tauge kedai kanan tanam sendiri
Aku ada tanam lagi tapi ini hari ke3 dah besar gini
Kelmarin aku tuai yang baru, 3 hari dah boleh tuai sebab aku bagi air banyak2

Wednesday, March 25, 2020

HARI KETIGA PKP 20/3/2020 BUAT KARIPAP

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Hari ketiga PKP masih lagi rasa rilex dan tenang. Pagi buat sarapan macam biasa cuma masa tengahari tu rasa lain. Pertama kali dalam hidup aku sembahyang jumaat takde. Rasa lain... rasa sayu lak.

 Bosan duduk rumah sesaja, aku pun buat karipap hari itu... adala kuih untuk sarapan atau minum petang.
Pagi tu masak maggi goreng je

Paksu menyiapkan kerja nya di bilik

Kalau dia buat kat ruang tamu nanti aiyan kacau

Lepas masak sarapan aku terus buat inti karipap

Kul11 lebih ecah sampai

Rutin lepas makan mandi mesti tidur

Sementara ecah tidur aku buat karipap

Goreng sikit untuk minum petang dan buat untuk frozen

Beria makan karipap si ecah ni

Laju je nganga walaupun laki aku yang suap

HARI KEDUA PKP 19/03/20

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Hari kedua PKP dihadapi dengan tenang dan senang, tak terkejar-kejar nak gerak awal ke pejabat. Buat sarapan dan lunch yang simple tapi lengkap.
Pagi sebelum ecah sampai aku dok siram pokok sambil petik sikit bayam brazil.

Maktek masih hantar ecah lagi, boleh je mereka jaga ecah tapi aku paham mau tak siap kerja mereka suami isteri kalau ada ecah. Mereka kerja swasta ada kerja yang perlu disiapkan menggunakan laptop atau pc. Kalau ada ecah mana nak netek, mana nk mintak dokongla dan macam-macam. Lagipun kat rumah aku dia dengar kata dan mudah nk jaga.

Pagi masak sarapan mehun goreng

Baru nak masak ikan tenggiri yang mak kirim dari kampung 2minggu lepas

Dah mula berbunga pokok bunga kertas ini

Dah bertunas batang mulberi yang aku pangkas dan tanam kat pasu

Harapnya hidupla pokok kelsum aku ni

Pagi tu petik bayam brazil 

Ada 3 pasu kecil je, memang aku akan biak kan lagi banyak

Ecah suka bila abg aiyan nya bacakan buku 

Sangat dengar kata lepas mandi petang dalam kul2 mesti dia tidur

Maktek bagi telur 3biji bila aku kata telur rumah aku tinggal 3 biji je, cari kat kedai asyik sold out