Assalamualaikum semua,
Memang jarang sangat aku buat entri hari Jumaat kan, ini akhirnya ada jugak resepi yang boleh di kongsikan. Tapi tak tau la kawan-kawan pernah tak makan tau masak petai belalang ni. Kisahnya Edy beritahu dia nak suruh masakkan sambal petai, ingatkan petai biasa sekali dia bawak balik petai ini 1 bekas besar. Hahahah jadi kita masak jelah walaupun tak pernah masak petai ni.
Bahan-bahan:
1 bekas petai belalang
5 ulas bawang putih, kisar
2 biji bawang besar, kisar
1 biji bawang besar, hiris
1 pek sedang cili boh
segenggam ikan bilis, kisar
segenggam ikan bilis, goreng garing
2 ketul kecil gula melaka
Asam keping dan garam
Cara masak:
- Tumiskan bahan kisar dengan daun pandan, dan masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan gula melaka dan asam keping. Masak hingga gula hancur.
- Masukkan petai belalang, gaul-gaul kejap perasakan dengan garam.
- Akhir sekali masukkan bilis goreng, Siap
 |
| saiz dia sebesar kuaci biji labu je |
 |
| ini rupa petai belalang kot ada yang tak kenal |
 |
| rasa petai ada sikittttt je, bau pun tak kuat sangat |