Wednesday, July 9, 2025

WW BUNGA ROS PENYERI DAN PEWANGI

 Assalamualaikum semua,

Tengah rajin berbunga, petik letak atas meja. Harum je

atas meja opis

Letak atas kabinet dapur

Letak dekat meja tv di ruang tamu

Tuesday, July 8, 2025

SELIMUT MERAH JAMBU

 Assalamualaikum semua,

Selalu pagi hd aku buat entri, pagi ini mengantuk betul. Pukul 9 pagi terlelap, sedar dah pukul 9.40 pagi heheheh. Sejuk pulak pagi ini , dah beberapa hari jugak hujan malam hari itu yang pagi kadang sejuk. Dulu beg aku cuma 1 je kalau pergi hd, sekarang dah tambah 1 lagi beg. Beg selimut hehehhe

Sejuk

gini lah rupa nak habiskan masa 4 jam

Monday, July 7, 2025

TIDURRRR JE

 Assalamualaikum semua,

Memang kucing kuat tidur, bayang dari pukul 8 pagi dia tidur, dekat pukul 1 ptg baru dia bangun. Waktu Aiyan nak sampai rumah baru dia bangun pastu sambung tidur dekat atas rak kasut kat luar rumah tapi dalam grill lagi. Jadual dia sama je setiap hari, sofa tu memang dah jadi tempat dia tidur. Kira dah jadi hak milik dia la.





Friday, July 4, 2025

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BASAH

 Assalamaualikum semua,

Pagi ini kami cuma ada 8 orang je di pejabat. 7 di tingkat 7 dan seorang di tingkat 8. Orang lain ada yang berkursus dan ada yang mengikuti sukan di Ipoh. Jadi nya kerja aku pun tak berapa nak ada sebab pengarah pun takde dia ke Ipoh jugak. Jadi kita buatla entri resepi hari ini ya. 

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam, potong sedang perapkan dengan garam dan serbuk kunyit

1 biji bawang holland, potong bulat

3  ulas bawang putih, hiris nipis

5 biji cili api, ketuk

1 batang carrot, potong panjang

10 batang buncis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

Cara masak:

- Gorengkan dada ayam yang kita dah perap tadi tu hingga masak.

- Gorengkan bawang holland, bawang putih dan cili api menggunakan minyak goreng ayam tadi, bila bawang dah layu. Masukkan buncis dan lobak merah. 

- Gaul-gaul kejap, masukkan sos cili dan sos tiram tambah air separuh cawan bila sayur dah masak. Masukkan dada ayam yang telah kita goreng tadi.

- Gaulkan semua, dah siap. 







Thursday, July 3, 2025

PHOTO DIARY #20/2025

 Assalamualaikum semua,

Jom kita layan cerita bergambar.

Adik ipar datang sini, ada kursus di Shah Alam 
Kita bawak selimut untuk hd sebab sejuk dekat sini

Beberapa minggu dah sejuk lain macam

Tergoda dengan laici ini

Datang mood manja, sibuk nak berkepit je

Camne tak tergoda, mujur manis

Sedap, mehun celup

Beli kat tiktok

Beli sebab comel

Hari isnin ,kebetulan kami boria

Kalau teringin ns kerabu memang cari di Taman Dagang

Bunga dan serangga

Bunga dan serangga 2

Wednesday, July 2, 2025

OLE-OLE DARI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Cuti Awal Muharam Maktek balik kampung, merasmikan kereta barunya. Aku malas nak balik kampung, entah rasa nak berehat je di rumah. Bila kali ini kereta dah besar banyak la barang yang boleh dikirimkan. Tapi masa kereta myvi dulu pun tetap memacam jugak hasil kiriman. Mari kita tengok apa je kirimannya ya.

Ini bukan ole-ole, tapi comel sangat... dia kalau nak tidur kene peluk bantal baru lena

Penuh kan hehehhe 

dapat daging 1 bekas

sate ayam dan sate daging

kuih sira pedas,  ini jajan masa kecik-kecik

tapai ubi, aku mintak sikit je sekali dia belikan sampai 14 bungkus

sedap, aku suka makan macam tu je tapai ubi... sebab kawan-kawan belah pantai timur semua suruh aku goreng celup tepung tapainya

special request, rempeyek tanpa kacang tanah dan bilis

manggis makngah

biji sawit

makanan dah siap, nasi putih, kari ikan, msk lemak babat dan sulur tumis

terigin makan kering-kering. Saja tak ambil kari ikan

Tuesday, July 1, 2025

POKOK MANGGIS DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Hujung minggu maktek balik kampung, jadi banyak la ole-ole aku dapat dari kampung. Adik aku makngah hantar gambar, pokok manggisnya dah berbuah lebat tahun ini. Sebelum-sebelum ini buahnya sikit lepas yu berebut dengan kelawar. Tapi tahun ini nampak lebat buahnya,nanti nak tanya Wak Warisan Petani la pakai baja apa. 

Makngah ni memang suka memanam macam-macam pokok buah. Selalunya menjadi, jenis tangan sejuk kot. Dia dah tanam pokok rambutan, pokok mata kucing, manggis, mangga, jambu bertih, ceri surinam. Memacam lagi lah.. 




Dapatla merasa beberapa biji heheheh