Friday, July 4, 2025

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BASAH

 Assalamaualikum semua,

Pagi ini kami cuma ada 8 orang je di pejabat. 7 di tingkat 7 dan seorang di tingkat 8. Orang lain ada yang berkursus dan ada yang mengikuti sukan di Ipoh. Jadi nya kerja aku pun tak berapa nak ada sebab pengarah pun takde dia ke Ipoh jugak. Jadi kita buatla entri resepi hari ini ya. 

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam, potong sedang perapkan dengan garam dan serbuk kunyit

1 biji bawang holland, potong bulat

3  ulas bawang putih, hiris nipis

5 biji cili api, ketuk

1 batang carrot, potong panjang

10 batang buncis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

Cara masak:

- Gorengkan dada ayam yang kita dah perap tadi tu hingga masak.

- Gorengkan bawang holland, bawang putih dan cili api menggunakan minyak goreng ayam tadi, bila bawang dah layu. Masukkan buncis dan lobak merah. 

- Gaul-gaul kejap, masukkan sos cili dan sos tiram tambah air separuh cawan bila sayur dah masak. Masukkan dada ayam yang telah kita goreng tadi.

- Gaulkan semua, dah siap. 







36 comments:

  1. Fav suami dan Dania ni..dada ayam banyak tu..boleh la buat macam ni...

    ReplyDelete
  2. cukup ini dengan telur goreng jadi ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Yang ni kan Dana, ratah je pun sedap tau.

    ReplyDelete
  4. waahhh sedap ayam goreng kunyit basah camni. TQ akak dana share resepi hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Senang macam ni masak satu lauk ada sayurnya sekali. Tak payah lauk lain dah. Terima kasih share resipinya.

    ReplyDelete
  6. mudah disediakan dan sedap dimakan. sy kena cuba ni. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Menu menggunakan dada ayam yang selalunya laku

      Delete
  8. Ini one of the kids punya favourite.. kalau buat jgn risau la.. confirm habis..

    ReplyDelete
  9. Sayur tumis yang berkhasiat..rajin memasak sekurang-kurang blog tak terus sepi

    ReplyDelete
  10. Yg duduk tgkat 8 sorang² tu tak seram ke? Nanti nak buat jugaklah ayam goreng kunyit basah ni, macam sedap sangat nampaknya, makan dia satu lauk pun cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah biasa kak duduk sendirian, hantu pun dah kenal dah hehehehe. Itulah sebab lauk sekali dengan sayur kan

      Delete
  11. baru cadang nak masak malam ni, gu kan dengan tom yam..fav Ian & Iris ni...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Resepi pun mudah.. tq Dana..

    ReplyDelete
  13. Pelik erk
    Kita ni tak jemu2 makan ayam

    ReplyDelete
  14. Saya catat dulu. Nanti kalo dah semangat masak, baru nak buat. Nampak mudah 😍😍👍

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...