Friday, June 13, 2025

RESEPI AYAM KOREA

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini awal kita buat entri, takde hal lain jadi kita layan blog dulu. Aku nak kongsikan resepi ayam korea yang aku jual di kedai Puspanita. Mudah dan senang sahaja, jom kita tengok.

Bahan-bahan:

2 kilo ayam bahagian kepak

1 pek kecil tepung pedas Bon Chef

1 pek kecil tepung goreng original Bon Chef

2-3 sudu besar tepung beras

Sos korea adabi dan sos korea eco shop

Bijan yang telah di bakar

Air sejuk

Minyak masak

Cara Masak:

- Kepak itu aku asingkan antara kepak dan drummet. Bersihkan dan toskan

- 1 pek tepung pedas bon chef aku bancuh dengan air sejuk, lepas tu perapkan ayam dalam tepung tu. Aku perap semalaman.

- Masa untuk goreng, aku sediakan tepung goreng original campur dengan tepung beras  letak dalam 1 bekas besar, sediakan air sejuk.

- Kepak yang kita dh perap dengan bancuhan tepung tu, salut dengan tepung lepas tu celup kat air sejuk dan salut dengan tepung lagi baru kita goreng dalam minyak panas api sederhana.

- Bila semua ayam dah masak dan bolehla kita salutkan dengan sos korea. Bila dah tersalut semua boleh taburkan biji bijan. 

* Aku tak gunakan garam sebab tepung Bon Chef tu dah ada garam dalamnya, tapi kalau nak tambah garam atau bahan-bahan lain dalam tepung tu pun boleh je.



perapkan dalam tepung, biar semalaman biar meresap


salut dengan tepung

celupkan dengan air

lepastu salut dengan tepung lagi





Ini kerja orang nak mudah hehehe 


sebelum ini aku salut tebal lagi tapi ada yang kata pedas jadi kita buat salut sikit je sos nya

Thursday, June 12, 2025

PHOTO DIARY #17/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini mengantuk betul, sedangkan malam tadi aku tidur awal, pukul 9.35 dah lelap. Pagi biasa bangun pukul 4 untuk masak. Sampai Felda awal, pukul 8.15 aku dah tertidur sedar-sedar dah pukul 9.00. Itu yang cerah mata untuk buat entri ni.

Batik day kan

Aku sampai sini awal jugak 6.30pg

Semalam baru perasan dah kembang bunga nya

Semakin banyak keluar tunas

Semalam berbaju korporat

Edy dah pindahkan anak ulam raja

Sebenarnya tangan Edy yang sejuk, tanam apa selalunya hidup

Kalau hd hari sabtu memang santai jelah


Suka menyibuk menempel je macam takde tempat lain.

Rak pokok orkid

Bunga yang baru sampai teduhkan dulu

Wednesday, June 11, 2025

WW AKHIRNYA BERTUNAS

 Assalamualaikum semua,

Hari tu dah gugur semua daunnya, kering sebab lambat pasukan. Aku potong semua pucuk nya akhirnya tumbuh tunas baru. 


Nanpak tak dah tumbuh tunas daun yang baru

Tuesday, June 10, 2025

ANAK OH ANAK

 Assalamualaikum semua,

Semalam dalam pukul 11.40 tengok cctv kat rumah nampak Aiyan baru nak makan. Ingatkan dia dah nak makan tengahari, ws lah Edy cakap pagi tadi Aiyan makan awal ke. Lepas tu Edy kata, tengok betul-betul cctv tu, dia bukan makan tengahari tapi sarapan.

Bila tengok semula, rupanya dari pukul 8.30pagi dia dah ambil sarapan tu, dia makan ayam goreng kat mangkuk tu lepas tu ralit tengok tv. Lepas tengok cctv tu aku bebel kat dia suruh makan, baru dia habis makan. Habis sarapan pukul 12.04 tengahari. Dia makan tengahari pukul 4.00 petang reti dia lapar.

Dia makan ayam goreng dulu

Pukul9 habis ayam

9.50 masih tak habis

Pukul 10 pun masih sama

Siap baring-baring


Lepas aku suruh dia habiskan, ini pun tak habis lagi

Thursday, June 5, 2025

PHOTO DIARY #16/2025

 Assalamualaikum semua,

Sudah lewat petang baru teringat nak buat entri, dahla esok aku cuti. Tak balik kampung pun tapi saja malas nak masuk kerja. Kawan-kawan balik kampung tak? ke memang dah sampai kampung dah semuanya. Untuk yang nak balik kampung berhati-hati di jalan raya ya.

Lepas hd ini lah hidangannya, minta tolong Edy belikan nasi dagang

Bangunan felda ini kosong tak tau la bila akan ada orang menyewa semula

stokin baru, bukan oik- oik tapi arnab tau

Stok makanan masa hd, aku malas bawak makanan berat biskut je

Nampak segar sikit sebab semalam petang kene hujan pokok orkid aku ni

pokok yang baru di tanam tu, harapnya hidup lah janganla mati

cermin keramat dalam bilik aku

cermin keramat dalam bilik boss aku, dia takde pi haji

hari selasa, dapat juga makan mee goreng mamak kedai Bismillah

potong mood bila beli roti isi dia putih gini

Wednesday, June 4, 2025

TENGOK WAYANG EJEN ALI 2

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita minggu lepas, hari jumaat Maktek ada ajak Aiyan pergi tengok wayang Ejen Ali. Aku ok ja bagi je dia pergi, dia pun suka bila dapat pergi dengan sepupunya. Jumaat pukul 3 gerak dari rumah, wayang pukul 3.45 petang. Sampai rumah petang tu dia gembira je, siap cakap best mama nanti kita tengok lagi la . 

pesan dekat dia pukul 2 lebih makan dulu kat rumah

Seronok la budak berdua ni kan