Tuesday, March 10, 2020

REBUS TELUR CARA MUDAH

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Kawan-kawan ada masalah tak masa kene rebus telur dalam jumlah yang banyak? Aku selalu paling banyak pun 8 ke 10 biji je  untuk makan dengan nasi lemak atau buat masak sambal merah. Aku dah lama terbaca pasal cara rebus telur yang mudah ni tapi aku asyik lupa nak cuba sendiri. Sampaikanla sabtu baru ni aku nak masak laksa, aku pun cuba. Memang pantas dan mudah di kupas isi nya pun elok.

Caranya mudah je

-Basahkan tuala dapur atau tisu dapur dengan air hingga lencun, letak dalam rice cooker lepas tu susunla telur atasnya.
- Tekan butang cook dan biarkan sampai butang tu tukar ke keep warm. Beberapa minit je dah siap
- Lepas tu bolehla bawak ke singki dan siram air pada telur tu untuk kupas

aku guna tisu dapur je, basahkan dengan air hingga lencun pastu susun la telur tu

lepas dah masak, aku terus bawa ke singki untuk boh dalam air untuk kupas

mudah nak kupas dan telur masa elok je... aku suka


Monday, March 9, 2020

ASAM MERAH BALDU

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Kawan-kawan pernah makan tak asam merah baldu? Masa kecil dulu asam nya besar merah menyala, bila makan tu bibir, gigi mesti merah. Lepas tu mesti akan sapu kat bibi buat gincu heheheh. Nostalgia betul lah.

Baru-baru ini aku ada beli asam merah baldu ni, tapi rasa dan rupa dah tak sama macam dulu. Kecil lepas tu dah tak merah dan gebu macam dulu. Korang ada pengalaman makan asam merah baldu macam aku?

comel je dah tak nampak berbaldu sangat macam dulu... 

kecik sangat kan, dulu besar dan memang betul rasa berbaldu sebab tebal... 

Friday, March 6, 2020

RESEPI NASI AYAM THAI DENGAN RICE COOKER

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Maaf semua, aku kongsi resepi berulang. Cuma masa tu aku masak dengan periuk noxxa, tapi ini aku guna periuk nasi biasa.  Minggu ini aku agak malas nak masak kat rumah yang istimewa. Semua lauk yang mudah je. Bulan lepas aku ada masak menu ini, menu mudah cepat dan ringkas tapi sedap. Aku memang dah jarang masak nasi ayam yang biasa tu.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam belah 4 (aku guna ayam belah tight 2 dan peha 4 ketul) 
1 ketul sup bunjut
2 inci halia , potong besar
5 ulas bawang putih
5 biji bawan merah kecil
2 pokok akar daun ketumbar
2 pokok akar daun sup
1 kiub ayam
garam
air secukupnya ( air untuk sup dan untuk masak nasi)
3 cawan beras

Cara Masak Ayam dan Sup:

- Masukkan semua bahan kecuali beras dalam satu periuk besar dan masakkan hingga ayam masak.
- Bila ayam dah masak, keluarkan separuh sup untuk di masak dengan beras .
- Tambahkan hirisan daun sup untuk sup yang telah siap

Cara Masak Nasi:

- Masukkan beras yang telah dicuci dalam rice cooker dan susunkan ayam di bahagian atasnya.
- Masukkan sup tadi secukupnya untuk 3 cawan beras dan masakkan hingga nasi masak.

Bahan untuk sos kicap:

10 biji cili api bangla - hiris bulat
1 ulas bawang putih - cincang
1 pokok daun ketumbar - cincang
5 sudu besar kicap manis jalen
2-3 sudu besar sos cili thai
1 sudu kecil cuka
sedikit air panas

- Campurkan semua bahan dalam satu bekas kacau hingga sebati.

bawang putih dengan bawang merah tu memang aku tak potong, boh sebijik-sebijik gitu

masa kita susunkan beras dan ayam untuk masak nasi

sementara tunggu nasi masak, kita buatlan cili kicap dia ni yang memang umpph betul

nasi ayam yang dah siap masak, nasi tu memang moist dia lain macam

aku suka makan gaya gini curah je sup lepastu boh ayam dan sos kicap... 

Thursday, March 5, 2020

PHOTO DIARY #10/2020 MEMBORONG BUKU

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Aku dan membaca tak boleh di pisahkan. Hobi membaca bermula dar sekolah rendah hingga sekarang masih tetap ada. Setiap tahun aku akan cuba beli beberapa buku bacaan yang menarik untuk aku baca. Tahun ini aku mulakan dengan beli 5 buku dari bookcafe.com.my  . Aku buat pembelian pada 25hb februari petang dan 26hb petang buku ini sampai gunakan perkhidmatan J&T. Memang puas hati, perkhidmatan sangat cepat.

Ini antara 2 penulis lelaki yang aku minat dari dulu tulisannya dan aku ada banyak novel mereka dari awal tahun 2000. Sherlock holmes pulak ada 2 buku, bersekali buku sherlock holmes yang tahun lepas. Mungkin sebab aku minat baca komik Detective Conan dan suka filem Sherlock Holmes sebab itu aku suka baca novel ini.

DEMI DARA = Abdul Rahim Awang
JIN- Tina = Abdul Rahim Awang
HAURA = Ramlee Awang Murshid
SHERLOCK HOLMES = Sir Arthur Conan Doyle

5 buku aku beli, puas hati bila bertambah koleksi buku dan novel

Ini novel baru RAM yang aku teruja nak miliki, akhirnya dapat juga

aku tak mula baca lagi... buku ini nanti akhir sekali baru baca

ini antara koleksi sama yang aku beli tahun lepas... 

novel keluaran tahun 2016, baru tahun ini aku dapat beli .
dah habis baca hujung minggu baru ini

buku ini keluar pada tahun 2017, baru habis baca ahad lepas... 

aku mula baca hari selasa tapi tak sempat nk baca banyak dek kekangan masa... 

Wednesday, March 4, 2020

PEDAS GILA BERAPI AKIBATNYA... TANGGUNG SENDIRI

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Orang johor selalunya suka makanan pedas, lagi lah orang jawa. Aku dan Edy memang pengemar makanan pedas, kalau masak tak pedas memang tak sah gitu. Tapi tak la selalu aku masak pedas-pedas sesekali je. 

Kadang tekak aku ni mengada tak selera nak makan nasi, tapi teringin nak makan yang pedas-pedas konon nya. Hari tu aku cuba lah maggi pedas giler nih, kawan pejabat aku dok kata tak pedas , cuba lah. Aku pun terpengaruh nak cuba, sedangkan lama sebelum tu maktek penah cerita kepedasan maggi pedas giler ni tapi itulah degil hehehe... Masa makan tu segala air keluar air mata, air hidung, air liur, bibir rasa tebal hahahah padan muka

Aku pernah cuba dua jenis maggi, 1 jenama maggi pedas giler, 1 lagi mie sedap korean spicy chicken

aku cuba maggi pedas giler ayam bakar... bau dia sedap betul

warna dai merah menyala, suapan pertama aku dah hampir menyerah tapi pelan-pelan habis juga

hahahaha masa ni bibir rasa tebal je... lama jugak lah tahan seksa pedas tu, tapi esok nya tu eh teringin makan lagi 

esoknya aku cuba mie sedap yang korean spicy chicken pulak... perisa baru jugak nih
nasib cili dia letak dalam 2 bekas asing

rupa dia memang lagi merah, pedas tapi boleh telan lagi lah... sedap jugak yelah sebab aku boh 1 je serbuk cili kalau boh 2 memang tak tertelan kot hehehe

Tuesday, March 3, 2020

BEKALAN EMAK ABAH DARI KAMPUNG BUAT ANAK SULUNGNYA

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Jumaat lepas maktek dan keluarganya balik kampung johor. Aku tak dapat balik sekali dek kerana kekangan masa kerja Edy. Selalunya bila balik kuala lumpur semula memang banyakla bekalan yang mak abah bawakkan. Perasaan bahagia tu tak boleh digambarkan.

Mak bawakkan asam pedas ikan pari dengan sambal tomato hijau, sedap sangat rasanya.  Siap ada mak bawakkan nasi sekali tau. Ada juga nenas, bunga kantan dan petai. Tak lupa tanah bakar dari kampung untuk tanaman aku kat sini hehehhe.


apa pun mak bekalkan tak pernah tak sedap bagi aku

walaupun cair tapi cukup rasa, sedap sampai kan aiyan sibuk mintak aku masakkan asam pedas lagi... 

sambal tomato hijau ni memang sedap, kat sini jarang nak jumpa tomato yang keras dan hijau lagi... kalau dapat mesti sedap buat masak gini

nenas kristal 4 biji, sedap betul nenas nih... manis sangat

bunga kantan ni dari rumah makcik, dan petai abah dapat dari jiran sekampung

pagi ini aku bawak nenas ni untuk bekal kat pejabat, memang manis leting

Monday, March 2, 2020

SOSEJ AYAM PULUT, LOKCHING DAN SOSEJ AYAM CHEESE BAKAR ALA SIAM

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cepat nya masa berlalu, dah masuk bulan mac di tahun 2020 ini.  Maaf la ye entry hari ini bertema kan makanan lagi. Makanan antara gambar paling banyak dalam hp aku ni kan heheheh.

Dah beberapa bulan aku teringin nak makan sosej ayam pulut, sosej ayam cheese bakar yang biasa ada di kedai siam atau di jual tepi pantai di belah pantai timur dan utara yang bersempadan dengan siam.  Aku biasa makan menu ini bila aku ke Kuala Terengganu di tepi pantai Batu Burok. Sedap rasanya, layan betul makan tepi pantai. Bila lama tak balik Terengganu aku tercari-cari lah kat kuala lumpur ni. Terjumpa yang jual di tepi tasik seri rampai, laju-laju suruh Edy beli.

Aku kongsi alamatnya ya, kalau korang nak cuba.

Waktu petang dia akan beroperasi dengan motor 
di tepi Tasik Seri Rampai

Waktu malam pula di
Medan Selera D`tasek
(Bersebelah tasik seri rampai)
Gerai no.12 SG padi Tomyam
Sabtu tutup

D`Wann Lokching
01136507397

sebelum letak sos, ada 2 jenis sos manis dan pedas manis
26hb Februari edy dah beli, sedap rasanya puas hati.., satay ikan tu 3 cucuk rm1

ini sosej ayam pulut, nampak dalamnya tu ... secucuk rm2

ini pulak ayam cheese, rm2 jugak sedap aku suka

malam tadi aku minta Edy belikan lagi... ambil juga sosej pulut tomyam pun sedap semua ni RM2 secucuk


gini rupa sosej ayam pulut... nampak kan cebisan pulut tu

ini pulut tomyam, nampak ada rempah tu

bila dia kelar-kelar dan bakar memang rasa dia lain... makan rendam dengan sos dia tu best
antara pilihan yang ada sebelum di bakar

waktu petang dia buka gerai atas motor tepi medan selera

teringat-ingat... meleleh air liur