Friday, October 23, 2026

RESEPI SUP AYAM ORANG PANTANG

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi terlupa betul nak masukkan cerita pasal resepi. Resepi sup ayam yang aku masakkan untuk maktek ni, maktek siap puji sedap supnya. Orang pantang kan lapar je, cuma maktek ni aku cakap makan jelah protein macam biasa, tak payahla sampai tak boleh makan.

Bahan- bahan: 

3 sekawan- sikit je aku boh 

1 sup bunjut

1 inci halia, tumbuk kasar

5 ulas bawang putih, tumbuk kasar

6 ulas bawang merah kecil, tumbuk kasar

sedikit serbuk lada hitam kasar

Sedikit je minyak untuk menumis

1/2 ekor ayam

1 biji kentang, potong kecil

1/4 batang lobak potong bulat dan nipis

1/4 batang lobak putih, potong bulat nipis

Garam secukupnya

Daun sup

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan 3 sekawan dan bahan tumbuk masak sampai naik bau, masukkan lada hitam. Pastu masukkan ayam, masak ayam tu biar keluar airnya.

- Masukkan kentang, masukkan ayam gaul-gaul lepas tu tutupkan penutupnya.

- Tambahkan air dalam 3-4 cawan, ikut nak banyak mana kuahnya. Aku boh banyak juga sebab kot maktek nak hirup kuah lebih kan.

- Tambahkan lobak merah dan lobak putih, masak sampai ayam masak.

- Tambah sedikit garam, akhir sekali masukkan daun sup.

*aku tambah lobak putih sebab banyak khasiat untuk ibu berpantang, bila tambah lobak putih ni sup rasa segar tau.








15 comments:

  1. org tk pantang pn suka juga sup ayam hehe

    ReplyDelete
  2. simple soup cam ni mmg best Dana. arwah dulu pun akak msk style cam ni. kena lebihkan kentang je.

    ReplyDelete
  3. Hehe kena buat lagi untuk MakTek. Rasanya anak-anakpun boleh tumpang makan.

    ReplyDelete
  4. Sedappp ni bertambah nasi ada sup

    ReplyDelete
  5. selamat berpantang maktek...sedap tu sup ayam kakak untuk adiknya

    ReplyDelete
  6. Alamak...sedapnya...selamat berpantang...nasib baik adik bongsu tahun lepas pantang sendiri and amik CL...

    ReplyDelete
  7. dulu kan arwah mak kak ana masakkan sup ayam kampung waktu kak ana dalam pantang, sedap sangat Dana hehe :)

    ReplyDelete
  8. Sup-sup dengan pantang ni memang kawan baik

    ReplyDelete
  9. Terasa harumnya aroma tumisan perencah sup ayam ni Dana.
    Kakak pun suka hirup sup ayam.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsiannya. Dah lama tak masak sup. Saya sejenis yang masak main campak2 je.

    ReplyDelete
  11. Untunglah maktek ada tukang masak berpengalaman.

    ReplyDelete
  12. macam manalah nak buat sup ayam yang jernih macam itu kak.. ntah kenapa kan, tiap masak sup ayam, selalu kuahnya tak bisa jernih kalau saya ;p

    ReplyDelete
  13. Elok kejadian Sup Ayamnya tu..bukan kata orang pantang, orang yang pantang tengok ni pun sukaa hihihi....

    ReplyDelete
  14. sama je mcm resepi sup ayam ammi...kira selalulah ammi dalam pantang hahah. Dia lagi best kalau dapat ayam kampungkan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...