Assamualaikum semua,
Selamat hari lahir ke 66 abah pada 09 Julai 2026. Sama macam birthday emak bagi bouquet buah je. Abah pun suka makan buah, jadi kita pesan bouquet buah kegemaran abah. Makngah pun ada order kek marble dan kek oren yang sedap. Teringat- ingat kesedapan dua kek tu masa majlis Makyan aritu. Buat abah, moga sihat selalu, diberikan tubuh yang kuat, dipanjangkan usia dan diluaskan pintu rezeki.
![]() |
| Kat gambar ni emak tak pakai tudung jadi mintak tolong chatgpt pakaikan tudung |
![]() |
| nampak lain lak emak bila chatgpt pakaikan baju kurung dan tudung heheheh |




Muda lagi Abah Dana.
ReplyDeleteSrlamat harijadi terlewat!
Nampak memang betul Emak Dana pakai baju kurung dan tudung. Sedondon warna.
selamat hari lahir en.mohd miswan..moga sentiasa sihat panjang umur
ReplyDeletemuda lagi abah Dana..
selamat mengundi juga untuk semua bangsa Johor esok ye
Selamat hari Lahir Abah Kak Dana...Teringat Arwah abh saya...
ReplyDelete