Friday, July 3, 2026

RESEPI PRAWN THAI LIME SAUCE

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa minggu takde resepi, akhirnya muncul juga kan resepi kita. Resepi yang ringkas dan pastinya sedap. Aku ada beli sos lemon thai sebab masa tu nak buat ikan kukus lepas tu minggu lepas beli udangnya, besar-besar pulak saiznya itu yang nak masak yang mudah. Sedap juga bila guna sos ini masam pedas gitu. Buat cicah ikan kukus atau ikan bakar pun sedap.

Bahan-bahan:

2 biji bawang holland, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

6 biji cili api

3 sudu besar sos lemon 

2 sudu sos cili

3 helai daun ketumbar jawa

1/2 cawan air

Garam

Cara Masak:

Tumiskan bawang holland, bawang putih dan cili api hingga layu. Masukkan udang, tambahkan sos thai dan sos cili. Tambahka air  dan  tutupkan periuk hingga udang masak , masukkan daun ketumbar dan siap.




Rm29.90 sekilo puas hati besarnya tu







20 comments:

  1. Besar-besar saiz udangnya.
    Macam menarik pula Thai Lime Sauce tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak puas makan kalau besar, boleh usha dekat tiktok kak kalau nak cuba sos tu

      Delete
  2. jika dimakan dgn mi, meehoon atau mi pasti lebih sedap kan?

    ReplyDelete
  3. murah udangnya Dana besar2 pula tu...
    tak pernah lagi jumpa thai lime sauce ni...kalau terjumpa nanti nak juga beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, puas makan kalau besar gini... thai lime sauce tu jumpa kat tiktok hehehe

      Delete
  4. Di antara semua seafood saya paliiiing suka udang. Dimasak apapun sukaaa 😍😍😄. Sedaap nih makan ratah begitu saja kak. Bisa lupa diri, tau2 habis sepanci 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah fanny, udang ni masak apa pun sedap, goreng dengan kunyit dan garam pun dah sedap kan

      Delete
  5. semalam pun akak beli udang besar ni. masak atas pan, ratah gitu je, kat sini rm44.90 sekilo, dulu masa udang ni diperkenalan, kdg2 rm9.90 je, almost tiap2 hari akak beli terus masak sb kedai jual sebelah office je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa saiz gini rm34 ke 36 tapi ni dpt murah sikit.... murah betul kalau rm9.90 tu kak oi

      Delete
  6. Puas hati tengok udang besar-besar macam ni,
    Kalau akak beli udang, mesti buat dua atau tiga bekas sebab sekarang tinggal dak Nuha kat rumah, dia pun nak makan ikut mood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak geram tengok saiz udangnya tu beso makan seketul dua puas dah

      Delete
  7. oh ada thai lime sauce khas tu ye..tk pernh nmpk..terliur tgk tgh puasa ni

    ReplyDelete
  8. tak pernah nampak lagi brand ni. selalunya ada yang botol besar. kalau jumpa brand ni cun jugak sebab saiz sederhana. menarik lah resepi kak dana. boleh dicuba :)

    ReplyDelete
  9. uishh ni buat terliur akak ni Dana

    ReplyDelete
  10. Lepas ni kena stop makan udang..kena maintain balik pemakanan sebab akak dah start masuk program office...berat badn ni kena turunkan lebih 25kg..sekarng dah 72kg...huwaaaaaa

    ReplyDelete
  11. besarnya saiz udang! mesti manis je rasa isi dia :D

    ReplyDelete
  12. sikit betul nasi dia makan...

    ReplyDelete
  13. Enak di makan.Alhamdulillah..enteri mantap hari ini..

    ReplyDelete
  14. Best ni makan udang besar-besar. Eh, baru tahu ada jual Thai lime sauce ni. Bolehlah cari nanti buat style kak Dana masak. Terima kasih kak Dana share resipinya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...