Thursday, June 18, 2026

PHOTO DIARY #19/2026

 Assalamualaikum semua,

Semalam kan cuti awal muharram, rasa macam hari sabtu heheheh. Dapat cuti 1 hari pun dah rasa seronok betul. Dapat rehat baring-baring, layan drama korea. Jom tengok cerita bergambar .

Bantal kucing yang setia

ada nurse ambil gambar, katanya aku muka masam je 

musim hujan rumput bukan main subur

Tak nampak pokok kari dan ulam raja dek banyak sangat rumput

Ada nurse pergi Cameron Highland lepastu belikan aku buah strawberi

Menu semalam, mehun sup ringkas

Hari selasa petang, hujan lebat ada 2 bilik yang banjir

Air mencurah-curah sebab ada kontraktor tukar paip saliran hujan lepas tu tak siap lagi buat kerja, itu tempias sampai masuk bilik

Banjir betul kan

Menu bekal balik Kl, emak masakkan udang galah lemak cili api ahad aritu

adik ipar baru tengah basuh periuk nasi, biasala salam perkenalan kan

Untung adik aku ni dapat hadiah mesin basuh, dapur gas, periuk tekanan dan pengisar dari leader-leader kilang dia. 

Masa majlis tak sempat nak berjalan ke depan, ada orang ambil kan air untuk kami 

Sepupu aku yang ambilkan ada mee rebus, popia sira, rojak petis... cakap je nak apa dia ambilkan hehehhe

Masa takde tetamu paksa emak makan takut lapar


15 comments:

  1. wahh... ada kerja kahwin ye. Selamat pengantin baru buat pengantin. semoga berbahagia sehingga ke akhir usia...

    ReplyDelete
  2. Rare dah pengantin lelaki kena basuh periuk...udg galah tu nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kita dulu-dulu kan biasa kene cuci periuk heheheh

      Delete
  3. Nampak sedapnyer udang galah mlca tu

    ReplyDelete
  4. penat mengemas lepas kenduri tu

    ReplyDelete
  5. Udang galah tu sexy² belaka...nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Barokallah. Selamat pengantin baharu kpd adik Dana n suami. Tapi letih kan bila buat kerja kenduri kahwin ni. baru2 ni anak sedara isteri kahwin. Buat di rumah aje. Memang penat sbb tetamu ramai. Mujur adik beradik menolong. Alhamdulillah dah selamat.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Tahniah buat pengantin.. memang penatlah selepas kenduri..
    Memang kena curi-curi makan kalau tak, tak menyempat..
    sedapnya udang masak lemak tu..

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk menu udang galah tu...

    ReplyDelete
  9. daun kari ngan ulam raja tu mesti dok bergaduh hari2 dengan rumput "tepi la weiiiii ni tempat aku"

    ReplyDelete
  10. Wah..adik ipar baru rajin basuh periuk belanga ye....make sure settle tau...hahahahha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...